Chef Wan Jelaskan Kontroversi ‘Cuit’ Iddin Ramli – “Satu Malaysia Tunggu Berbuka Ketika Itu”

Insiden tersebut bermula apabila Chef Wan bertindak mencuit Iddin Ramli bagi memberi isyarat tertentu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @chefwan1 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini yang melibatkan cef kulinari terkenal, Chef Wan, bersama pendakwah bebas, Iddin Ramli, ketika siaran langsung sebuah rancangan terbitan RTM telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen

Rakaman yang memaparkan detik-detik sebelum waktu berbuka puasa itu mula tersebar luas dan menjadi perhatian di pelbagai platform media sosial.

Insiden tersebut tercetus apabila Chef Wan dilihat melakukan tindakan fizikal dengan mencuit Iddin Ramli bagi memberikan isyarat tertentu ketika pendakwah itu sedang memimpin bacaan doa.

Perlakuan tersebut dengan pantas mengundang pelbagai reaksi serta tafsiran daripada netizen, yang kebanyakannya membuat spekulasi tanpa mengetahui situasi sebenar yang berlaku di sebalik tabir siaran langsung berkenaan.

SAYS.com
Image via @chefwan1 (TikTok)

Chef Wan tampil perjelaskan isu terbabit

Menerusi penjelasan di laman TikTok miliknya, Chef Wan menegaskan bahawa tindakan beliau bukanlah bertujuan untuk tidak menghormati pengisian rohani yang sedang disampaikan oleh pendakwah tersebut.

Sebaliknya, beliau bertindak sedemikian atas dasar profesionalisme bagi mematuhi arahan teknikal daripada pengurus lantai (floor manager).

Jelas beliau, isyarat telah diberikan oleh kru produksi untuk segera memendekkan segmen berkenaan bagi menepati slot masa yang ditetapkan.

"Host ada tanya ustaz yang doa beliau itu panjang atau pendik sebab kita nak azan ni. I think later Ustaz kata dia tak perasaan sebab first time datang live show.

"Ustaz pun baca la doa berjela panjangnya. Dah la tu dia tutup matanya. Depan kita semua floor manager dan production crew dah bagi isyarat wrap up berkali kali. Ustaz tak nampak," katanya.

SAYS.com
Image via @chefwan1 (TikTok)

Beliau menjelaskan bahawa setiap pengacara perlu sentiasa peka terhadap pengurusan masa yang ketat ketika mengendalikan program siaran langsung, terutamanya segmen yang menghampiri waktu azan Maghrib untuk berbuka puasa.

Memandangkan seluruh rakyat Malaysia sedang menantikan detik tersebut, waktu azan tidak boleh terlewat dan siaran pula tidak boleh dilanjutkan melampaui slot yang ditetapkan.

Tambah beliau, arahan telah diberikan oleh pengurus lantai agar beliau menegur ustaz tersebut supaya segera menamatkan bacaan doa.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui berada dalam situasi serba salah untuk menyampaikan teguran itu kerana bimbang akan disalah ertikan serta menjadi mangsa tular oleh warga maya yang sering membuat andaian negatif tanpa usul periksa.

"At last saya cuit jugak kerana floor manager dan pengarah didalam semua tak sabar lagi. Saya cuit lengan ustaz tu maka buka la biji mata dia.

"Ya doa ber jela tak boleh kerana waktu Azan nak masuk pun. What more its a live show. They cant blame me for that as i only took direction from the floor manager.

"Host pulak tersipu sipu as i was looking kat depan panic dan tengok mata ustaz tak buka-buka. Haru jadinya but we had alot of fun," jelasnya.

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik