Che Nom Terkilan Anak Buah Sanggup ‘Tikam Belakang’ – “Ini Balasan Yang Saya Dapat Daripada Dia”

Allahuakbar, kesiannya Che Nom.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia & Nona
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau sebut saja nama Che Nom, pasti ramai yang mengenalinya sebagai YouTuber masakan yang banyak berkongsi resepi untuk semua lapisan masyarakat

Tetapi kali ni, bukan pasal resipi yang dia ingin kongsi. Sebaliknya, Che Nom buka kisah yang cukup perit tentang bisnes keluarga kecil-kecilan yang dia jalankan.

Menerusi hantaran di Facebook, Che Nom meluahkan rasa sedih dan terkilan selepas dikenakan tindakan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Lebih menyayat hati, tindakan tersebut datang hasil laporan daripada anak saudara sendiri yang dia besarkan sejak kecil.

SAYS.com
Image via Che Nom (Facebook)

"Che Nom buat bisnes kecil-kecilan je, bisnes keluarga, niat memang nak bantu ahli keluarga sendiri. Yelah kan, kalau bukan kita yang tolong keluarga, siapa lagi nak tolong?

"Che Nom ambil anak saudara kerja sekali, walaupun dia tak ada kelulusan berkaitan. Anak saudara ni bukan orang lain, Che Nom sendiri yang besarkan dia dari kecil. Basuh berak dia, hantar pergi sekolah, masak setiap hari untuk diaorang makan. Bila dah besar sikit, Che Nom ambil kerja sekali sebab nak bagi peluang, nak bagi dia survive kat Klang Valley ni. Kita bagi fixed income bulanan supaya hidup dia senang sikit kat sini.

"Bukan berkira pun, sebab memang anggap macam anak sendiri. Tapi tiba-tiba, dia boleh pergi report ke JTK dan KWSP guna bayaran tetap bulanan sebagai bukti Che Nom tak jaga kebajikan pekerja. Ya Allah, memang sedih sangat bila dapat tahu. Lepas tu ni pula tiba-tiba dapat surat saman dari Jabatan Tenaga Kerja, bertambah-tambah kecewanya," luahnya.

Berharap pihak kerajaan faham realiti peniaga kecil yang cuma nak bantu keluarga cari rezeki

"Sistem kerajaan pun satu hal, tak faham beza antara bantu ahli keluarga secara santai dengan syarikat besar yang ada HR dan kontrak bagai.

"Che Nom harap sangat sistem kat Malaysia ni boleh faham realiti bisnes keluarga kecil-kecilan macam kita ni. Kalau semua benda kena formal sangat, susahlah kita nak bantu keluarga sendiri. Kita meniaga sebab nak cari rezeki halal, bukan nak kena tikam belakang macam ni," katanya lagi.

SAYS.com
Image via Che Nom

Lihat posting penuh di bawah:

SAYS.com
Image via Che Nom (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik