Cerita Penuh Histeria Dahsyat Yang Menyerang 3 Sekolah Dan Ratusan Pelajar Di Kelantan

Histeria, musimnya kini kembali!

Enlarge text
Cover ImageCover image via freemalaysiatoday.com
Logo

Sedia maklum, baru-baru ini sebuah sekolah di Kelantan menjadi viral apabila ia terpaksa ditutup dan mendapat cuti peristiwa kerana berlakunya kejadian histeria yang melibatkan sejumlah pelajar yang begitu ramai

**Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2** ditutup selama 3 hari bermula dari tarikh 14 April lalu kerana lebih 50 orang pelajar termasuk 8 guru telah mengalami histeria yang agak teruk.

Pengetua, Siti Hawa Mat, dalam sidang medianya minggu lalu, berkata cuti itu hanya diberikan kepada 1,044 pelajar tetapi guru masih hadir seperti biasa.

Menurut pengetua tersebut, pihaknya sudah pun menjemput beberapa pengamal perubatan Islam ke sekolah itu untuk memeriksa kawasan di sekolah tersebut

Pengamal perubatan Islam tersebut memaklumkan kepada beliau bahawa terdapat beberapa kawasan yang didakwa 'keras' dan kini usaha memulihkan keadaan itu sedang dilakukan.

Siti Hawa (pengetua) menunjukkan blok bangunan sekolah yang lengang berikutan kes histeria yang terjadi minggu lalu.

Image via www.kosmo.com.my

Sinar Harian melaporkan kejadian terbabit dipercayai bermula selepas ada pelajar mendakwa melihat makhluk asing yang diyakini pocong, di dalam sebuah kelas kosong

Mangsa, **Raja Nor Athirah 17**, yang merupakan pelajar tingkatan 5 di sekolah berkenaan memberitahu, dalam kejadian tersebut dia berasa kebas di kedua-dua belah tangan sebelum fikiran menjadi berserabut.

Dia kemudiannya rebah dan meracau-racau sebelum 'berjangkit' kepada pelajar lain.

Bagaimanapun, setelah 3 hari ditutup, ternyata kejadian histeria di sekolah itu masih berterusan dan dikatakan masih parah

Pengamal perubatan Islam dan bomoh Cina juga dipanggil untuk meredakan keadaan. Selain itu, sesi bacaan al-Quran dan berdoa turut diadakan tetapi apabila sekolah dibuka semula Khamis lalu, histeria masih berlaku.

Sementara itu, 17 April lalu, Harian Metro turut melaporkan di laman Twitter bahawa sesi persekolahan masih berjalan seperti biasa.

**Akhbar [Harian Metro](http://www.hmetro.com.my/node/130584) turut berkongsi sesi temu bual wartawan mereka bersama mangsa-mangsa yang telah diganggu.**

#Mangsa 1: pelajar SMK Pengkalan Chepa 2, Nik Nor Awadah Rohairul, 15

#Mangsa 2: Ibu Nik Nor Awadah, Nik Sunizan Nik Shafik, 44

Nik Nor Awadah (kanan) bersama ibunya Nik Sunizan Nik Shafik.

Image via www.hmetro.com.my

#Mangsa 3: Guru Pendidikan Jasmani SMK Pengkalan Chepa 2 Norlelawati Ramli, 32, yang hampir histeria

#Mangsa 4: Guru Kimia SMK Pengkalan Chepa 2 Kamariah Ibrahim, 48, yang hampir dirasuk

Belum pun reda dengan kejadian histeria di sekolah itu, hari ini dilaporkan tiga lagi sekolah di daerah terbabit mengalami nasib yang sama dan salah seorang mangsa ternampak kelibat lembaga hitam berbulu

Antaranya **Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 (SMKPC 1), Sekolah Menengah Kebangsaan Kemumin** dan **Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 3** yang mana melibatkan hampir 30 pelajar termasuk seorang guru.

Namun, menurut Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Che Abdullah Mohamad, walaupun serangan histeria itu berlaku di sekolah terbabit, ia masih terkawal.

Jadi apakah sebenarnya histeria ini?

Histeria adalah satu jenis gangguan dari kuasa luar iaitu makhluk halus. Ia seringkali menjadi perdebatan dalam sejarah dunia perubatan kerana usaha mengenal pasti punca histeria banyak bergantung kepada faktor budaya, nilai dan kepercayaan sesuatu masyarakat.

Sesetengah budaya melihat punca histeria ada kaitannya dengan kemasukan dan gangguan kuasa luar. Pandangan lain pula mengaitkan histeria dengan gangguan seksual dan spiritual, selain daripada faktor gangguan tubuh badan dan minda.

Tetapi mengapa histeria sering 'menyerang' kaum hawa?

Ini tidak menghairankan kerana perkataan histeria itu sendiri berasal daripada perkataan hystron, yang bermaksud rahim wanita. Kedudukan rahim dalam tubuh wanita boleh mempengaruhi emosi dan minda.

Pada zaman pertengahan, penyakit histeria dikaitkan dengan unsur-unsur gangguan hantu atau makhluk halus, permainan ahli sihir dan juga sikap fanatik sesetengah ahli agama. Kemudian ia dikaitkan dengan penyakit wanita.

Histeria juga dilihat sebagai satu bentuk kecelaruan neurotik yang lazimnya bermula di peringkat remaja dan awal dewasa dan lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki.

Baca artikel penuh di [SINI](http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0804&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive).

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah seram di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: