Cemburu Teman Lelaki Masih Tak Ceraikan Isteri, Wanita Bertindak Potong Kemaluannya
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perasaan cemburu.
Cover image via Berita HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita warga Bangladesh ditahan polis selepas bertindak kejam memotong kemaluan teman lelakinya akibat cemburu apabila mengetahui lelaki itu masih mempunyai isteri di negara asal
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dalam kenyataan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.45 pagi Khamis.
"Laporan dibuat lelaki tempatan memaklumkan kenalannya, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun cedera pada bahagian kemaluan dan tangan kiri akibat dipotong oleh teman wanitanya di Kampung Lokan, Gelang Patah di sini.
"Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan.
Image via Sinar HarianSuspek tiada rekod jenayah dan ujian air kencing negatif
Beliau berkata, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri berjaya menahan suspek wanita berusia 34 tahun pada kira-kira 12.15 tengah hari, Khamis.
"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing juga suspek negatif dadah.
"Kita turut merampas sebilah pisau sepanjang 29 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," katanya.

Pisau yang digunakan suspek turut dirampas polis.
Image via Sinar HarianMenurut Asisten Komisioner M Kumarasan, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa cemburu selepas suspek mengetahui bahawa mangsa belum menceraikan isterinya di Bangladesh, meskipun mereka telah menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.
"Suspek kini direman lima hari bermula hari ini hingga Isnin depan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



