Ceddy Sekolahkan Individu Kecam Nabila Huda Tentang Isu Mak Tiri – “Dah Tua Pun Ada Yang Masih Bodoh”

Ceddy berkata individu tersebut tidak ada hak untuk mengecam tindakan Nabila Huda.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pelakon hebat, Nabila Huda telah memuat naik satu video panjang memaparkan dirinya sedang bermonolog

Menerusi video yang dikongsi oleh Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil, aktres itu dikatakan sedang berlatih monolog untuk projek lakonan baharunya.

Apa yang mencuri tumpuan, Abil mengeluarkan ayat-ayat berbaur sarkastik yang ditujukan kepada seorang individu bergelar Datin.

Bagaimanapun, ramai berpendapat dan mendakwa video itu ditujukan kepada ibu tirinya.

Video tersebut tular di beberapa media sosial terutamanya Threads dan menjadi bualan ramai apabila seorang pengguna mengecam tindakan Abil itu.

SAYS.com
Image via @kupu_kupu (Instagram)

"Dia ni lah kan punca. Mengalahkan anak madu Nora Ariffin pulak. Huhu. Just tak faham. Nabila ni bukannya BBNU lagi. She's going to be 41 this year. Kenapa dia perlu kecoh sangat pasal mak tiri dia ni," tulisnya.

Susulan tularnya ciapan tersebut, warganet lain turut meninggalkan komen dan ramai berpihak kepada Abil

Tidak terkecuali, pempengaruh dan personaliti media sosial iaitu Ceddy pun memberikan pendapatnya mengenai isu berkenaan.

"Senang cakap – Kalau bukan dia, you're not in her shoes, kau takde hak nak cakap dia perlu kecoh ke tak. Trauma tak tengok umur ye, seperti kebodohan seseorang individu. Dah tua pun ada juga yang masih bodoh," katanya.

SAYS.com
Image via @ceddyornot (Instagram)

Lihat ciapan penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik