CCTV Akan Dipasang Di Asrama Sekolah, Keutamaan Diberi Kepada Sekolah Berisiko Tinggi Buli – KPM
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa KPM telah menetapkan beberapa kriteria khusus bagi menentukan keutamaan pemasangan tersebut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini memberi tumpuan serius terhadap isu keselamatan pelajar di asrama apabila mengumumkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) akan dijalankan secara berperingkat, dengan keutamaan kepada sekolah yang dikenal pasti berisiko tinggi berlaku kes buli
Menurut laporan Berita Harian, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa KPM telah menetapkan beberapa kriteria khusus bagi menentukan keutamaan pemasangan tersebut.
Antara faktor yang diambil kira termasuk rekod kes buli dalam tempoh dua tahun kebelakangan, kepadatan penghuni asrama, tahap perlindungan keselamatan sedia ada, serta kesiapsiagaan infrastruktur elektrik dan rangkaian di sekolah terlibat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
Image via Berita HarianSelain itu, kementerian turut akan mendapatkan pengesahan semakan tapak serta khidmat nasihat teknikal daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi memastikan penempatan kamera dilakukan secara beretika dan berkesan
"Panduan ini digariskan bagi memastikan pelaksanaan pemasangan CCTV mematuhi prinsip perlindungan data peribadi serta privasi murid selaras dengan kehendak undang-undang dan dasar KPM.
"Pelaksanaan pemasangan CCTV di asrama yang lain akan dilaksanakan secara berfasa tertakluk kepada peruntukan kewangan serta inisiatif belanjawan tahun 2026.
"KPM menegaskan bahawa pemasangan CCTV secara berfasa ini adalah sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk memastikan kesejahteraan murid," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Pa&MaLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 