Cara Guna MyKad Untuk Tebus Subsidi BUDI95 Di Pam Minyak, Mudah & Lebih Cepat!
Senang je rupanya, tak payah beratur panjang dah lepas ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan baru sahaja mengumumkan pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang menggunakan pengesahan MyKad untuk memastikan subsidi petrol disalurkan kepada golongan yang layak
Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara tersebut dalam pengumuman rasmi, manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, menegaskan bahawa mekanisme subsidi ini tidak hanya bergantung kepada MyKad fizikal.
Sebaliknya, pengguna juga boleh menebus subsidi melalui aplikasi telefon pintar yang disediakan syarikat minyak, selain terus mengesahkan identiti di terminal pam minyak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Image via ReutersPak Cik Shell tunjuk cara paling mudah isi minyak sambil tebus subsidi
Dalam satu video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @pakcikshell, beliau berkongsi tutorial ringkas cara menggunakan MyKad di pam minyak. Caranya pun mudah dan tidak mengambil masa yang lama:
- Sentuh kad debit/kredit pada terminal untuk pembayaran.
- Masukkan MyKad ke dalam slot mesin untuk pengesahan subsidi.
- Jika ada, sahkan kad mata ganjaran BonusLink.
- Angkat nozel dan terus isi minyak seperti biasa.
Ramai warganet lega selepas menonton video tersebut kerana ia jauh lebih cepat berbanding video yang tular sebelum ini yang menunjukkan orang ramai beratur panjang di kaunter untuk menebus subsidi.

Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 