Calbee Siap Tukar Bungkusan Snek Kepada Hitam Putih Susulan Krisis Timur Tengah

Difahamkan, pembungkusan itu bagi menjimatkan bahan berkaitan petroleum.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NHK World Japan & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konflik yang terus memuncak di Timur Tengah kini mula memberi kesan luar jangka kepada industri makanan ringan global apabila pengeluar snek terkenal Jepun, Calbee, terpaksa menukar pembungkusan beberapa produk popularnya kepada versi hitam putih demi menjimatkan penggunaan bahan berkaitan petroleum

Menurut laporan NHK World Japan, langkah luar biasa itu dibuat susulan gangguan operasi perkapalan di Selat Hormuz yang menjadi laluan utama perdagangan minyak dunia, selepas ketegangan melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel kembali memuncak.

Walaupun gencatan senjata diumumkan pada awal April lalu, rundingan damai masih gagal mencapai kata sepakat menyebabkan laluan strategik itu kembali dikawal ketat dan hanya beberapa kapal dibenarkan melalui kawasan berkenaan.

Keadaan itu menjejaskan bekalan bahan mentah berkaitan petroleum termasuk nafta yang digunakan dalam proses pembuatan dakwat percetakan pembungkusan makanan.

SAYS.com
Image via NHK World Japan

Akibatnya, Calbee mengumumkan bahawa sebanyak 14 produk keluarannya termasuk kerepek ikonik Potato Chips dan Kappa Ebisen akan menggunakan pembungkusan monokrom bermula 25 Mei ini

Malah, syarikat itu turut mencetak penjelasan khas pada bungkusan produk mereka dengan mesej:

"Pembungkusan untuk menjimatkan bahan berkaitan petroleum".

Menurut Calbee, keputusan memudahkan reka bentuk pembungkusan dibuat bagi memastikan bekalan produk kekal stabil walaupun rantaian bekalan global sedang tertekan akibat risiko geopolitik.

Difahamkan, sebelum pengumuman dibuat, wakil syarikat turut mengadakan pertemuan dengan kementerian pertanian di Jepun bagi membincangkan isu bekalan bahan mentah berkaitan petroleum.

Dalam perkembangan sama, syarikat pengeluar makanan lain termasuk Itoham Yonekyu Holdings dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah sama dengan memudahkan reka bentuk pembungkusan produk mereka

Kumpulan industri yang mewakili pengeluar pembungkusan makanan dan dakwat percetakan pula memaklumkan beberapa ahlinya sudah mula mengehadkan bekalan serta menangguhkan penghantaran susulan lonjakan kos bahan mentah global.

Situasi itu sekali lagi menunjukkan bagaimana konflik geopolitik di Timur Tengah bukan sahaja memberi kesan kepada pasaran minyak dunia, malah kini mula meresap sehingga ke industri makanan ringan dan barangan pengguna harian di Asia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: