Caj Hingga RM150 Seorang, Pendapatan Pemandu Van Persendirian Thailand Cecah RM30,000 Sebulan

Kira-kira 1,000 van persendirian Thailand dikesan aktif membawa penumpang melalui pintu masuk sempadan di Kedah, Kelantan, dan Perak.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, mendedahkan bahawa seorang pemandu van persendirian warga Thailand mampu meraih pendapatan sehingga RM30,000 sebulan

Ia melalui aktiviti membawa pekerja restoran tomyam merentasi sempadan secara berulang-alik.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau menjelaskan bahawa dengan kapasiti lapan hingga 10 penumpang bagi setiap perjalanan, pemandu tersebut mengenakan kadar tambang antara RM70 hingga RM150 bagi setiap individu, sekali gus menjadikannya sumber pendapatan yang sangat lumayan.

"Setiap van melakukan pekerjaan terbabit sekitar tiga hingga lima perjalanan setiap minggu dengan membawa penumpang dari sempadan Malaysia-Thailand ke Lembah Klang sehingga Johor.

"Mereka sudah mempunyai penumpang tetap. Kita menganggarkan 1,000 buah van persendirian Thailand aktif berbuat demikian menggunakan tiga pintu masuk Malaysia-Thailand di Kedah, Kelantan dan Perak," katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin

Pemandu van warga Thailand dilarang membawa penumpang di negara ini

Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan menegaskan bahawa pemandu van warga Thailand dilarang sama sekali daripada membawa penumpang di negara ini, memandangkan Permit Peredaran Antarabangsa (ICP) hanya dikhususkan untuk kegunaan kenderaan persendirian.

Sementara itu, Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, mendedahkan bahawa hasil operasi mendapati majoriti kenderaan asing tersebut dikesan menyalahgunakan kelonggaran radius dua kilometer dari pintu sempadan untuk menjalankan aktiviti pengangkutan penumpang bagi tujuan pelancongan.

"Alasan paling kerap diberikan ialah masuk sekejap, namun pemeriksaan mendapati mereka sebenarnya bergerak melebihi jarak yang dibenarkan.

"Selain itu, mereka juga melakukan kesalahan membawa pelancong dalam kenderaan yang didaftarkan sebagai kenderaan persendirian," katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: