Busana Merdeka Paling Kreatif, Ibu Bapa Guna Plastik Roti & Sampul Raya Untuk Fashion Show Anak
Kreatif betul!
Cover image via @bellanmys (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila masuk bulan Ogos, sekolah-sekolah memang meriah dengan pelbagai aktiviti sempena bulan kebangsaan
Antara yang paling ditunggu-tunggu semestinya pertandingan fashion show Merdeka yang bukan sahaja mencabar kreativiti murid, tetapi juga ibu bapa.
Baru-baru ini, tular video perkongsian di TikTok @bellanmys memaparkan pelbagai rekaan busana kemerdekaan oleh murid-murid di sebuah sekolah kebangsaan di Johor.
Apa yang menarik, busana tersebut bukan sekadar biasa-biasa, malah penuh dengan idea luar kotak hasil kreativiti ibu bapa.

Antara yang paling mencuri perhatian ialah gaun yang diperbuat daripada plastik bungkusan roti Gardenia

Tidak cukup dengan itu, ada juga pakaian unik hasil daripada sampul duit raya serta bungkusan minuman popular seperti Mixue, Chagee dan Beautee yang berjaya ditukar menjadi gaun luar biasa.
Menurut @bellanmys, pertandingan fesyen itu diadakan sempena sambutan kemerdekaan dengan tema Jalur Gemilang dan bahan kitar semula.
Ia bukan sahaja sekadar hiburan, tetapi juga sebagai inisiatif untuk menggalakkan masyarakat menghasilkan busana kreatif dan lestari.
Ramai netizen turut kagum dengan kesungguhan ibu bapa yang sanggup meluangkan masa dan tenaga menyiapkan busana kreatif untuk anak-anak mereka.


Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



