Burger Ikan Keli Jadi Bualan Ramai Lepas Tular Di Media Sosial – “Menu Luar Kotak”

First time tengok menu burger ikan keli.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Idea makanan unik sentiasa menarik perhatian ramai, apatah lagi apabila ia menampilkan gabungan luar biasa seperti burger ikan keli

Baru-baru ini, menu 'luar kotak' itu menjadi tular di media sosial selepas gambar dan video pelanggan menikmati burger berinti ikan keli goreng mula mendapat perhatian netizen.

Kelainan pada hidangan ini terletak pada penggunaan ikan keli yang digoreng rangup dan disalut dengan sos istimewa, menjadikan perdebatan ramai.

SAYS.com
Image via @qasimburgersgara (TikTok)

Letak seekor ikan keli dalam burger

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @qasimburgersgara, tular rakaman memaparkan seorang peniaga memperkenalkan menu unik yang jarang dilihat.

Menu tersebut segera mencuri perhatian ramai kerana dianggap agak pelik dan di luar kebiasaan.

Lazimnya, burger dihidangkan dengan daging lembu, ayam atau ikan biasa seperti dory, namun kali ini peniaga berkenaan tampil berani menggunakan ikan keli goreng rangup sebagai inti.

Dalam video itu, kelihatan peniaga terbabit menyusun roti burger dengan meletakkan seekor ikan keli goreng, disalut sos istimewa buatan sendiri sebelum ditutup dengan roti lembut yang baru dibakar.

Kombinasi burger mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik