Bukan Perkara Luar Biasa, Peralihan Monsun Punca Sebenar Ribut Petir Waktu Petang
Perkara ini terjadi setiap tahun, bukan fenomena yang luar biasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Fenomena ribut petir yang kerap berlaku pada waktu petang sejak beberapa minggu ini adalah kerana peralihan monsun negara ini
Menurut laporan di Harian Metro, Pensyarah Kanan Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ricky Anak Kemarau mengatakan Malaysia dipengaruhi oleh dua monsun utama, iaitu Monsun Timur Laut sekitar November hingga Mac dan Monsun Barat Daya dari Mei hingga September.
Negara kita melalui dua tempoh peralihan pada April dan Oktober yang sekaligus membentuk ribut petir.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroRibut petir paling kerap berlaku ketika musim peralihan
"Berdasarkan kajian klimatologi, ribut petir paling kerap berlaku semasa musim peralihan monsun kerana keadaan angin yang lemah dan berubah-ubah arah menyebabkan udara mudah bertembung serta naik ke atas.
"Keadaan ini mewujudkan ketidakstabilan atmosfera yang tinggi dan menggalakkan pembentukan awan ribut petir, khususnya pada waktu petang apabila pemanasan permukaan berada pada tahap maksimum," katanya.

Ketika Monsun Timur Laut, hujan lebat berpanjangan lebih dominan terutamanya di Pantai Timur Semenanjung dan ribut petir masih boleh berlaku walaupun kurang kerap.
Untuk Monsun Barat Daya pula, biasanya lebih kering, tetapi ribut petir masih boleh terbentuk akibat pemanasan siang hari.
Dr. Ricky juga mengatakan hujan lebat berterusan boleh menyebabkan banjir kilat terutamanya di kawasan rendah dan bandar yang mempunyai sistem persaliran yang kurang efisien.
Banyak kawasan dilanda banjir kilat di Lembah Klang
Semalam banyak kawasan di Lembah Klang telah dilanda banjir kilat seperti di Ara Damansara, Shah Alam, Sungai Buloh, TTDI dan beberapa tempat lain.
Malah di Cameron Highlands juga terjadi banjir kilat dengan air yang berlumpur dan mengalir dengan deras.

Banjir kilat di TTDI
Image via Free Malaysia TodayImage viaMenurut Jabatan Meteorologi Malaysia, orang ramai dinasihatkan untuk membuat persediaan awal dengan menyemak ramalan cuaca sebelum keluar rumah.
Pastikan juga kawasan yang anda pergi selamat dan bukannya kawasan yang mempunyai risiko untuk banjir.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 