“Bukan Nasi Lemak” – Pelancong Indonesia Dakwa Nasi Dagang Makanan Paling Sedap Di Malaysia

Malaysia memang banyak makanan yang sedap ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @koko_beruang (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia terkenal sebagai syurga makanan yang menyatukan pelbagai rasa, budaya dan sejarah dalam setiap suapan

Kepelbagaian etnik di negara ini termasuk Melayu, Cina, India, Peranakan, dan komuniti pribumi dari Sabah dan Sarawak telah melahirkan landskap kulinari yang sangat kaya dan berwarna-warni.

Dari nasi lemak yang wangi dan kaya santan, hingga ke mi kolok, roti canai, dan laksa utara, setiap negeri menawarkan signature dish yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan.

Bukan sahaja menjadi tarikan buat rakyat Malaysia sendiri, malah pelancong asing juga sering pulang dengan kenangan manis tentang makanan di sini. Malah, ada yang sanggup datang berkali-kali semata-mata untuk menikmati hidangan autentik yang tidak dapat ditemui di tempat lain.

Seorang pelancong dari Indonesia mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalamannya menikmati pelbagai juadah tempatan sepanjang kunjungannya ke Malaysia.

SAYS.com
Image via @koko_beruang (TikTok)Image via

Dakwa nasi dagang hidangan paling lazat, siap 'reveal' port makan di mana

Menerusi video di akaun TikTok @koko_beruang, seorang lelaki Indonesia menyatakan bahawa walaupun ramai mengangkat nasi lemak sebagai simbol makanan Malaysia, baginya nasi dagang yang diperbuat daripada beras wangi bersama gulai ikan tongkol jauh lebih menyelerakan.

"Bukan nasi lemak, bagi saya nasi yang paling sedap di Malaysia ialah nasi dagang. Rasanya unik dan wangi, ada rasa macam pulut tapi tak melekit. Bila dimakan dengan ikan tongkol, memang sedap sangat," tulisnya.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut berkongsi kedai nasi dagang kegemarannya iaitu Nasi Dagang Kak Som yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Katanya, rasa nasi dagang di situ sangat unik dan wangi, apatah lagi apabila digandingkan dengan gulai ikan tongkol yang memang membangkitkan selera.

Lihat video di bawah:

@koko_beruang

Bukan nasi Lemak, menurut aku nasi terenak di Malaysia jatuh pada nasi Dagang, rasanya unik wangi gan cita rasa ketan, tapi ga lengket, dimakan dengan ikan tongkol behh sedap bangett👍👍👍#tkimalaysia🇲🇾🇮🇩 #nasidagang #makanankhasmalaysia #kaksom #kampungbaru

♬ original sound – KOKO BER | Food & Travel – KOKO BER | 🇮🇩 Living in 🇲🇾

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik