“Budu Travel Ke Ni?” – Reka Bentuk Unik Produk Budu Ini Raih Perhatian Ramai

Inovasi baharu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @buducaptere23 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi masyarakat di Pantai Timur, hidangan tengah hari pasti dirasakan tidak lengkap tanpa kehadiran budu sebagai penambah selera

Keenakan aromanya yang membangkitkan selera sering kali membuatkan sesiapa sahaja bertambah nasi, menjadikannya 'superfood' tempatan yang sentiasa mendapat tempat di hati peminatnya.

Namun, kebiasaannya ia dibekalkan dalam botol kaca yang agak sukar untuk dibawa ke mana-mana, satu video tular baru-baru ini telah mengejutkan warga maya.

Berbeza dengan bungkusan tradisional yang kita kenali, rakaman tersebut memaparkan reka bentuk budu yang sangat unik iaitu dalam bentuk tiub seolah-olah seperti ubat gigi.

SAYS.com
Image via @buducaptere23 (TikTok)

Budu diperkenal dalam bentuk travel

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @buducaptere23, rakaman tersebut memaparkan reka bentuk budu yang sangat unik dalam bentuk tiub, persis seperti tiub ubat gigi, yang menjadikannya lebih kemas dan mudah digunakan.

Inovasi yang dianggap "mesra pengembara" ini bukan sahaja mencuri perhatian kerana aspek praktikalnya, malah mencetuskan pelbagai reaksi lucu dan teruja daripada netizen.

Ada yang berseloroh bimbang tersilap menggunakannya untuk memberus gigi pada waktu pagi, manakala ramai lagi yang memuji usaha kreatif tersebut kerana memudahkan mereka membawa "bekalan wajib" ini ke luar negara atau semasa melancong tanpa risau botol pecah di dalam beg.

Rata-rata menyifatkan pembaharuan ini sebagai satu revolusi baharu dalam dunia pencicah yang membawa identiti Pantai Timur ke tahap yang lebih moden.

SAYS.com
Image via @buducaptere23 (TikTok)

Lihat video di bawah:

@buducaptere23 Ni budu tau‼️ Bukan ubat gigi❌🫣 #budu #budu #fyp ♬ original sound – shikigami – jewok
@buducaptere23 Budu Instant ✅ #budu #fyp #kelantan ♬ original sound – CAPYXOFFICIAL

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik