Budak 3 Tahun Disahkan Diabetes, Rupanya Hari-Hari Ibu Bagi Bekal Nugget & Hotdog

Alahai, kesian anak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Doof Doof & Rachel Cooks
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang pengguna di laman Threads berkongsi kisah mengejutkan tentang seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang disahkan menghidap diabetes dan mempunyai saluran darah tersumbat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @aqira.baha_, pengguna tersebut menceritakan perbualannya dengan pengasuh anaknya yang turut menjaga kanak-kanak berkenaan.

"Tadi borak dgn pengasuh anak and dia cerita anak asuhan dia lg sorang which is sebaya anak aku (3years) dah kena check up hospital every week sebab kencing manis and salur darah tersumbat," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Devian Art

Terkejut bila dapat tahu ibu kanak-kanak itu hanya membekalkan nugget dan hotdog setiap minggu

Menurut pengasuh itu, ibu kepada kanak-kanak tersebut jarang menyediakan makanan sihat seperti nasi atau sayur-sayuran, sebaliknya hanya membekalkan makanan segera dan snek bergula.

"Bila fikir balik, ye! Mak dia hari2 akan bg nugget/hotdog as main food anak dia. Ko bayangkan tk pernahnya budak tu nk makan nasi. Yg dia bg kt pengasuh 2 pack nugget every 2 week sampai pengasuh aku pun pening, snacking jgn cakap la segala gula jajan. Aku tak merendahkan usaha mak dia tp aku ambil pengajaran.

"Budaknya mmg semangat, comel sgt. Badan dia montel mengalahkan anak aku. Tapi tulah ujian buat mak ayah dia tp bukan salah anak sbb tknk makan raw food tp salah mak ayah yg tak reti kawal and say NO to our kids.

"End up sendiri kan susah, jadi parents ni bukan tentang besarkan budak je tp tentang hidupkan seseorang dgn baik. Semoga urusan dorang dipermudahkan,"
katanya lagi.

Lihat ciapan penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via