Budak 11 Tahun Pandu Kereta Sampai Terbabas Masuk Longkang, Alasan Nak Ajak Adik Ke Kedai

Kanak-kanak berkenaan memegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis kini sedang menyiasat satu kejadian tular melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai memandu kereta milik ibunya sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Telok Gong, Klang

Difahamkan, insiden itu dilaporkan berlaku pada Sabtu, 19 Julai lalu.

Menerusi kenyataan di Facebook Polis Klang Selatan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa memberitahu, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun itu memandu Proton Saga dan kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi.

Bagaimanapun, polis berjaya mengesan kenderaan terbabit dan pemiliknya, serta tiga kanak-kanak yang dipercayai berada di dalam kenderaan itu ketika kejadian.

"Siasatan mendapati, kanak-kanak berkenaan terdiri daripada dua adik-beradik yang memegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan seorang lagi kanak-kanak warga tempatan iaitu sepupu mereka.

"Siasatan awal mendapati, kenderaan terbabit dipandu oleh ibu kanak-kanak itu yang juga pemegang kad UNCHR dari kawasan Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Utara menuju ke rumah kakak kepada dua adik-beradik itu di Telok Gong," kata kenyataan itu.

SAYS.com
Image via Facebook

Kesempatan diambil apabila ibu keluar pergi ke tandas seketika

Setibanya di rumah tersebut, si ibu telah meninggalkan seketika anak-anaknya untuk ke tandas. Dalam tempoh itu, seorang daripada kanak-kanak terbabit mengambil kesempatan untuk mencapai kunci kereta, lalu mengajak adiknya yang berusia tujuh tahun serta seorang sepupu mereka untuk keluar ke kedai.

Difahamkan, kanak-kanak itu memandu kenderaan sejauh kira-kira dua kilometer sebelum hilang kawalan ketika menghampiri kawasan kedai. Akibatnya, kenderaan tersebut terbabas lalu terjunam ke dalam longkang di bahu jalan.

SAYS.com
Image via Facebook
SAYS.com
Image via Facebook

"Tiada kecederaan dilaporkan terhadap ketiga-tiga kanak-kanak, manakala kenderaan mengalami kerosakan kecil pada bahagian bawah bonet hadapan sebelah kanan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memandu dengan tidak bertimbang rasa dan Seksyen 39(1) akta yang sama memandu tanpa lesen (bawah umur)," katanya.

Selain itu, siasatan juga dijalankan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengenal pasti sebarang unsur pengabaian terhadap kanak-kanak terbabit.

SAYS.com
Image via Polis Klang Selatan (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: