Buang Sampah Haram Sekali Kantoi, Dua Lelaki Terus Kutip Semula Selepas Disergah CCTV MBSA

Menurut MBSA, pihaknya kini giat memantau beberapa lokasi panas yang sering menjadi tempat pembuangan sampah haram di sekitar Shah Alam.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan dua lelaki yang cuba membuang sampah secara haram di Shah Alam bertukar jadi detik memalukan apabila perbuatan mereka berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik pihak berkuasa tempatan

Menerusi satu video berdurasi seminit yang dimuat naik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam memaparkan kedua-dua individu itu dilihat keluar dari sebuah kereta sebelum membuka bonet kenderaan dan mengeluarkan tiga plastik sampah.

Namun ketika mereka sedang melakukan perbuatan tersebut, satu amaran tiba-tiba kedengaran menerusi pembesar suara di lokasi kejadian.

"Pembuangan sampah di sini adalah dilarang. Anda akan didakwa. Kami sedang memantau pergerakan anda. Sila kutip semula sampah anda sekarang," kata petugas MBSA menerusi rakaman audio tersebut.

SAYS.com
Image via Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Terkejut dengan amaran itu, dua lelaki berkenaan dilihat terpinga-pinga sebelum segera mengutip semula plastik sampah yang telah dibuang dan memasukkannya kembali ke dalam kereta sebelum beredar dari kawasan tersebut.

Menurut MBSA, pihaknya kini giat memantau beberapa lokasi panas yang sering menjadi tempat pembuangan sampah haram di sekitar Shah Alam

MBSA turut memaklumkan bahawa rakaman CCTV yang dikongsi itu menunjukkan masih ada individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati di kawasan awam.

Tambah pihak berkuasa tempatan itu, tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

"Orang ramai diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan dengan membuang sampah di tempat yang disediakan serta mematuhi peraturan.

"MBSA tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan pembuangan sampah haram dan tindakan tegas akan diambil,
" katanya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik