Bos Baik Hati Belanja Free iPhone 17 Pro Max Baharu Untuk Semua Staf Termasuk Intern
Bestnya dapat telefon percuma!
Cover image via Must Share NewsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apple baru sahaja melancarkan iPhone terbaharunya dan kebanyakan orang perlu menyimpan wang untuk memilikinya, namun lain pula bagi pekerja di syarikat media China, Mediastorm
Hal ini kerana Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Pan, baru-baru ini mengumumkan bahawa setiap kakitangan akan menerima iPhone 17 Pro Max versi premium.
Menerusi laporan Must Share News, seorang kakitangan yang menghadiri majlis pelancaran Apple di Teater Steve Jobs, California, berkongsi di Xiaohongshu bahawa dia baru sahaja selesai menonton ucaptama apabila "berita terbesar tahun ini" diumumkan.
"Encik Tim memang betul-betul bos terbaik di dunia!" katanya teruja.

Gambar sekadar hiasan.
Image via What's onPekerja intern dan baru masuk kerja juga akan dapat telefon yang sama
Dalam mesejnya, Mr. Pan menegaskan bahawa hadiah berprestij itu diberikan kepada setiap warga kerja Mediastorm, tanpa terkecuali, asalkan mereka bersama syarikat ketika pengumuman dibuat.
Setiap seorang akan menerima sebuah iPhone 17 Pro Max dengan harga bermula S$1,899 di Singapura, namun mereka juga diberi pilihan untuk menukar kepada model lain sekiranya lebih digemari.
Memandangkan hadiah syarikat di China tertakluk kepada cukai, Mr. Pan meyakinkan para pekerja bahawa Mediastorm akan menanggung sepenuhnya kos tersebut.

Tradisi murah hati ini bukanlah sesuatu yang baharu
Pada tahun 2024, kira-kira 100 kakitangan Mediastorm masing-masing menerima sebuah iPhone 16 Pro, lengkap dengan Apple Watch Series 10 dengan kejutan mewah yang sekali lagi menggegarkan seluruh syarikat.
Seperti pemberian tahun ini, semua cukai berkaitan turut ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



