Bomba Terkejut Lihat Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun Dibiarkan Bermain Banjir Tanpa Pengawasan

Hasil tinjauan JBPM mendapati masih ada ibu bapa atau penjaga membiarkan kanak-kanak bermain banjir.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP/FAZLI AHMAD & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mengingatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak dan melarang mereka bermain air banjir demi mengelakkan risiko keselamatan

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud, tinjauan pihaknya mendapati masih ada penjaga yang membiarkan kanak-kanak bermain di kawasan berhampiran Sungai Pahang tanpa pengawasan.

Beliau menegaskan bahawa sikap cuai ini amat dibimbangi boleh mengundang tragedi yang tidak diingini.

SAYS.com
Image via Harian MetroImage via

Dikhuatiri berlaku kejadian lemas dan pelbagai risiko lain ketika banjir

Semasa melakukan rondaan di kawasan banjir, pihak bomba terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang bermain air berhampiran sebuah kediaman di Kampung Surau Ganghong.

Insiden ini disahkan sendiri oleh beliau sebagai contoh situasi berisiko yang perlu dielakkan.

"Lebih mengejutkan, seorang kanak-kanak berusia bawah dua tahun turut didapati bermain di kawasan banjir tanpa pengawasan orang dewasa.

"Ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab memantau keselamatan anak kerana banjir masih belum surut sepenuhnya, terutama di kawasan kampung berhampiran Sungai Pahang," katanya.

SAYS.com

Anggota bomba menasihati kanak-kanak supaya tidak bermain banjir di Kampung Sungai Ganchong, Pekan.

Image via NSTP/FAZLI AHMAD

Menurut Wan Samsul Effendi, situasi banjir masih belum surut di beberapa kawasan berhampiran Sungai Pahang seperti Kampung Pulau Manis, Kampung Tanjung Pulai, Kampung Tebat, dan Kampung Ganchong.

Selain bahaya lemas, beliau menegaskan terdapat pelbagai risiko lain yang perlu diwaspadai oleh orang ramai sepanjang tempoh ini.

"Dalam banjir itu mungkin ada objek tajam seperti kayu hanyut, paku dan kaca, selain risiko ancaman pelbagai binatang berbisa termasuk ular.

"Oleh itu jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak bermain banjir, mereka akan terdedah kepada pelbagai risiko," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: