Boleh Ke Kubur Si Mati Digali Semula? Ini Penjelasan Mufti Mengenai Hukum & Syarat

Terdapat lima situasi yang diharuskan kubur si mati digali semula.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Walaupun jenazah sudah selamat dikebumikan, ada situasi tertentu yang memerlukan kubur untuk digali semula

Kebiasaannya apabila melibatkan kes terdesak seperti siasatan atau mencari punca kematian.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum asal menggali semula kubur adalah haram kerana ia dianggap mencemar kehormatan si mati. Larangan ini berasaskan hadis Rasulullah SAW:

"Mematahkan tulang orang yang telah mati adalah seperti mematahkan tulangnya ketika masih hidup" (Riwayat Abu Daud).

Larangan tersebut termasuk membongkar kubur tanpa sebab syarie, malah Nabi SAW melaknat lelaki dan perempuan yang melakukannya tanpa alasan dibenarkan.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Bila ia diharuskan?

Pejabat Mufti menjelaskan, terdapat situasi darurat atau keperluan mendesak yang membolehkan kubur digali semula, antaranya:

  • Memandikan mayat yang belum dimandikan
  • Menghadapkan mayat ke arah kiblat
  • Mengambil harta yang terjatuh dalam liang lahad
  • Menyelamatkan bayi dalam kandungan yang masih hidup
  • Apabila jenazah dikebumikan di tanah curi dan bimbang akan dibongkar pihak lain

Situasi seperti siasatan post-mortem juga termasuk dalam kategori darurat jika disahkan oleh pihak berkuasa dan mempunyai asas syarie.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar HarianImage via

Keputusan fatwa di Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kali ke-61 memutuskan:

  1. Harus menggali semula tanah perkuburan jika ada keperluan mendesak atau darurat dengan sebab yang diharuskan syarak.
  2. Harus menggunakan semula tanah perkuburan untuk pengebumian mayat baharu jika mayat terdahulu telah reput, setelah disahkan pihak berkuasa.

Seperti yang dijelaskan dalam kaedah fiqh:

Keadaan darurat mengharuskan perkara yang pada asalnya haram.

Kesimpulannya, hukum gali semula kubur bukanlah perkara yang boleh dibuat sewenang-wenangnya. Ia hanya dibenarkan dalam keadaan tertentu yang benar-benar mendesak dan memenuhi syarat syarie.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: