BNM Turunkan OPR Ke 2.75 Peratus Buat Pertama Kali Sejak Mei 2023

Difahamkan, kadar siling dan kadar lantai koridor OPR turut disesuaikan kepada 3 peratus dan 2.5 peratus masing-masing.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CodeBlue & Multiply
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, sejak kadar itu dikekalkan selama 12 kali berturut-turut sejak Mei 2023

Menurut laporan Berita Harian, BNM menjelaskan bahawa langkah tersebut adalah sebahagian daripada pendekatan berhati-hati dan bersifat pre-emptive untuk mengekalkan kestabilan pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran global yang kekal mencabar dan tidak menentu.

Seiring dengan penurunan OPR, kadar siling dan kadar lantai koridor OPR turut disesuaikan kepada 3 peratus dan 2.5 peratus masing-masing.

SAYS.com
Image via CodeBlue

"Petunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan global terus berkembang, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang berterusan dan pada tahap tertentu, aktiviti yang diawalkan.

"Unjuran pertumbuhan global dijangka terus disokong oleh keadaan pasaran buruh yang positif, dasar monetari yang kurang ketat serta rangsangan fiskal.

"Namun begitu, prospek ini masih dibayangi ketidaktentuan berhubung perkembangan tarif dan ketegangan geopolitik. Ketidaktentuan ini juga boleh membawa kepada peningkatan turun naik dalam pasaran kewangan global dan harga komoditi,"
menurut Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).

Walau bagaimanapun, prospek ini masih dibayangi oleh ketidaktentuan geopolitik, ketegangan perdagangan dan turun naik harga komoditi

Keadaan ini boleh membawa kepada volatiliti pasaran kewangan serta menjejaskan kestabilan ekonomi negara-negara membangun termasuk Malaysia.

Dalam konteks domestik pula, BNM memaklumkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua kekal memberangsangkan, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang mampan dan pertumbuhan eksport yang terus pulih.

"Hasil rundingan perdagangan yang menggalakkan, dasar-dasar pro-pertumbuhan di ekonomi utama dunia, permintaan berterusan terhadap barangan elektrik dan elektronik (E&E) serta aktiviti pelancongan yang rancak turut dijangka dapat meningkatkan prospek eksport Malaysia," katanya.

SAYS.com
Image via MATTA

Kadar inflasi keseluruhan dan teras pula masing-masing mencatat purata 1.4 peratus dan 1.9 peratus dalam lima bulan pertama tahun ini

Dalam aspek inflasi, Malaysia mencatat kadar purata inflasi keseluruhan sebanyak 1.4 peratus dan inflasi teras pada 1.9 peratus bagi lima bulan pertama 2025. Angka ini menunjukkan bahawa tekanan harga kekal terkawal, disumbang oleh kestabilan kos global dan permintaan domestik yang sederhana.

BNM menjangkakan inflasi sepanjang tahun ini akan terus sederhana, malah menegaskan bahawa sebarang pelaksanaan pembaharuan dasar yang diumumkan atau akan datang tidak dijangka membawa tekanan inflasi yang ketara.

SAYS.com
Image via PropertyGenie

Berhubung kedudukan ringgit, BNM mengakui bahawa nilai mata wang tempatan masih banyak dipengaruhi oleh faktor luaran, termasuk dasar monetari negara maju dan sentimen pasaran global.

Namun, bank pusat percaya bahawa asas ekonomi Malaysia yang kukuh, ditambah dengan pembaharuan struktur dan inisiatif untuk menarik pelaburan asing, akan memberi sokongan berdaya tahan kepada ringgit dalam jangka sederhana hingga panjang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: