Black & Eddie Umum Tarik Diri & Keluar Dari Kumpulan Wings – “Tragedi Oktober”

Black dan Eddie juga menyatakan mereka tidak akan terbabit dalam Konsert Wings 40 Tahun Celebration.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah lebih empat dekad kumpulan Wings mewarnai industri muzik rock tanah air dengan lagu-lagu ikonik seperti Sejati, Taman Rashidah Utama dan Biarkan Berlalu

Namun, perjalanan kumpulan legenda ini berdepan satu lagi titik perubahan besar apabila dua anggotanya mengumumkan pengunduran mereka.

Dua anggota Wings, iaitu pemain dram Black dan pemain bass Eddie, membuat keputusan untuk berundur daripada band rock sensasi itu pada malam tadi.

Pengumuman mengejutkan itu disampaikan masing-masing melalui kenyataan rasmi yang diedarkan kepada media semalam, sekaligus menandakan berakhirnya satu era penting dalam sejarah kumpulan rock lagenda tersebut.

"Kami, Azmi Hashim atau dikenali sebagai Black dan Samsaidi Long Idris atau Eddie mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan Wings berkuatkuasa serta-merta hari ini, Rabu bertarikh 8 Oktober 2025,"
kata mereka.

SAYS.com

Black (kanan) dan Eddie mengundurkan diri dari kumpulan Wings berkuatkuasa serta-merta.

Image via Berita Harian

Tidak akan terbabit dalam Konsert Wings 40 Tahun Celebration

Dengan pengunduran dua tonggak utamanya, Black dan Eddie, kumpulan Wings bakal beraksi tanpa mereka dalam Konsert Wings 40 Tahun Celebration yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 November depan, sebelum diteruskan di Singapura pada 24 Disember.

Menurut laporan Berita Harian, ini bukan kali pertama Black berpisah dengan kumpulan rock legenda itu. Pada tahun 1990, selepas pelancaran album Teori Domino, pemain dram berusia 59 tahun itu pernah meninggalkan Wings sebelum kembali semula lima tahun kemudian ketika rakaman album Orang Asing pada 1995.

Eddie pula kekal setia bersama Wings sejak menyertai kumpulan tersebut pada tahun 1985, menjadikan pengundurannya kali ini sesuatu yang cukup signifikan dalam sejarah band itu.

Kini, selepas hampir empat dekad bersama, Wings diteruskan dengan barisan teras baharu terdiri daripada Datuk Awie (vokal), Syam (gitar utama) dan Edrie (gitar irama), menandakan babak baharu buat kumpulan rock lagenda tanah air ini.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: