Billie Eilish Sertai Video ‘Together For Palestine’, Suarakan Solidariti Hentikan Keganasan Di Gaza
Klip berkenaan disiarkan menjelang penganjuran konsert amal pertubuhan itu di London, yang bertujuan menyokong usaha bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
Cover image via InstagramFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Billie Eilish dan Finneas, antara deretan selebriti ternama yang tampil dalam video kempen Together for Palestine
Kempen itu adalah bagi menyeru agar dihentikan segera keganasan serta pertumpahan darah berterusan di Gaza.
Beberapa jam sebelum berlangsungnya konsert amal Together for Palestine anjuran Brian Eno di OVO Arena Wembley, London pada Rabu (17 September), sebuah klip video dilancarkan yang menampilkan bintang pop Billie Eilish bersama abangnya, Finneas.

Bergabung dengan selebriti lain seru hentikan tindakan Israel
Mereka juga bergabung dengan nama besar lain seperti Cillian Murphy, Javier Bardem, Brian Cox, Joaquin Phoenix dan ramai lagi selebriti antarabangsa dalam menyeru pemimpin dunia agar segera campur tangan menghentikan tindakan Israel terhadap Hamas.
Sejak dua tahun lalu, konflik tersebut telah meragut lebih 65,000 nyawa rakyat Palestin, selain menyebabkan jutaan yang lain kehilangan tempat tinggal dan berdepan kebuluran besar-besaran.
Video berkenaan turut disiarkan sehari selepas Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan bahawa Israel sedang melakukan genosid terhadap rakyat Palestin.

Laporan itu kemudian ditolak oleh Kementerian Luar Israel sebagai "laporan palsu dan terpesong."
Dalam video tersebut, Eilish dan Finneas tampil bersama dengan senyuman penuh harapan sambil penyanyi itu memegang kamera dan berkata: "Together for Palestine."
Sementara itu, pelakon Brian Cox pula menegaskan dengan nada serius:
"Kita perlu menyatakan kebenaran bagi pihak rakyat Palestin."
Pertubuhan Together for Palestine bertekad untuk terus meningkatkan kesedaran orang ramai menerusi satu acara kutipan dana yang diterajui oleh Brian Eno, seorang tokoh seni yang lantang menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



