Bicara Kes Tuduh Pecah Amanah RM8 Juta Vivy Yusof & Suami Bermula 13 April 2026

Vivy dan suaminya tidak hadir ke prosiding hari ini, 23 Jun 2025 kerana mereka dipercayai masih berada di Mekah.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Sesyen dilaporkan akan membicarakan semula kes pecah amanah Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar pada 13 April tahun depan

Menurut laporan Berita Harian, Hakim, Rosli Ahmad menetapkan sebanyak 15 hari untuk perbicaraan kes terbabit bermula 13 hingga 17 April, selain 18 hingga 22 Mei dan 8 hingga 12 Jun 2026. Mahkamah turut menetapkan 27 Oktober 2025 untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, pasangan berkenaan didakwa atas pertuduhan melakukan pecah amanah dana daripada pelaburan Khazanah Nasional Berhad (KHAZANAH) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, enam tahun lalu.

SAYS.com
Image via FMT

Vivy dan suami dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, di mana ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat serta dikenakan denda, jika sabit kesalahan

Difahamkan, kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara di Plaza Damansara, Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018.

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala kedua-dua tertuduh pula diwakili peguam Ashok Athimulan.

Walau bagaimanapun, Vivy dan suaminya tidak hadir ke prosiding hari ini, 23 Jun 2025 kerana mereka dipercayai masih berada di Mekah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: