Biarkan Haiwan Peliharaan ‘Berak’ Merata, Pemilik Berdepan Denda Hingga RM10,000 Mulai Bulan Ini
Undang-undang itu mampu mendidik pemilik haiwan agar lebih bertanggungjawab.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula bulan ini, tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik haiwan peliharaan yang membiarkan najis haiwan mereka sehingga mengganggu ketenteraman awam
Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM10,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Langkah penguatkuasaan ini bertujuan untuk mendisiplinkan masyarakat serta memperkukuh tanggungjawab sivik dalam menjaga kebersihan persekitaran.
Selain menimbulkan bau dan ketidakselesaan, pengabaian najis haiwan di kawasan kejiranan turut berisiko menjejaskan kesihatan penduduk setempat.

Gambar sekadar hiasan.
Image via ImpianaPeraturan turut dikuatkuasakan kepada warga asing
Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menjelaskan bahawa di bawah pindaan undang-undang kementerian yang disahkan pada Julai 2025, najis haiwan kini dikategorikan sebagai 'sampah'.
Susulan itu, bermula 1 Januari 2026, pemilik haiwan peliharaan termasuk warga asing yang sengaja membiarkan najis haiwan mereka di tempat awam boleh dikenakan tindakan tegas.
Individu yang gagal mematuhi peraturan ini berdepan denda antara RM3,000 hingga RM10,000, selain kemungkinan dikenakan hukuman khidmat masyarakat.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroLihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 