Biadap & Bergaduh, Lima Individu Kini Ditangkap Cubaan Menyerang Dalam Balai Polis
Difahamkan, perbalahan berpunca daripada perselisihan faham.
Cover image via capricedaddycap / InstagramFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Balai Polis Meru menjadi hening apabila lima lelaki bertindak memukul dan cuba menyerang polis di dalam balai
Menurut laporan di Harian Metro, insiden kekecohan dan pergaduhan itu membabitkan sekumpulan lelaki tempatan kira-kira jam 9.40 malam semalam.
"Siasatan awal mendapati kejadian bermula apabila tiga lelaki tempatan hadir ke balai itu untuk membuat laporan polis. Namun, secara tiba-tiba mereka didatangi oleh lima lelaki lain," kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao.

Lima lelaki berumur 28 hingga 41 tahun ditangkap
Perbalahan bermula apabila antara kedua-dua pihak, salah seorang daripada kumpulan lima lelaki itu bertindak memukul dengan sebatang besi.
"Kekecohan itu turut mengakibatkan kerosakan televisyen milik balai polis sebelum semua suspek melarikan diri dari lokasi itu," katanya.
Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua pihak.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan Dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958," tambahnya lagi.
Kesemua yang ditahan akan direman selama tiga hari sehingga hari ini (5 Mac) bagi tujuan siasatan lanjut dan polis kini masih cuba mengesan beberapa lagi individu yang sudah dikenal pasti.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi, dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



