Betong Dilaporkan Sesak, Kerajaan Malaysia Hadkan Minyak Untuk Kenderaan Thailand

Difahamkan, fenomena ini berlaku kerana harga minyak di Malaysia jauh lebih murah berbanding Thailand.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Astro Awani & Malay Mail
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Situasi di sempadan Malaysia-Thailand kini semakin sesak apabila permintaan minyak meningkat mendadak, khususnya di Betong, Yala

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malay Mail

Menurut laporan Berita Harian, keadaan itu mendorong pihak berkuasa Malaysia mengehadkan pembelian minyak bagi kenderaan Thailand kepada hanya RM35 setiap kali isi di stesen berhampiran sempadan.

Difahamkan, stesen minyak di kawasan tersebut dipenuhi barisan kenderaan panjang hingga ke jalan utama. Malah, ada stesen dilaporkan kehabisan diesel dan terpaksa memendekkan waktu operasi sementara menunggu bekalan baharu.

Penduduk tempatan juga dilihat membawa tong besar untuk menyimpan minyak.

Fenomena ini berlaku kerana harga minyak di Malaysia jauh lebih murah berbanding Thailand, sekali gus menarik ramai pengguna dari negara jiran untuk mengisi minyak di sini

Dalam masa sama, pihak berkuasa Malaysia turut memperketat kawalan bagi membanteras kegiatan penyeludupan.

Di Kelantan, seramai 46 individu ditahan dan 75 kenderaan dirampas, kebanyakannya diubah suai dengan tangki tambahan untuk membawa minyak ke Thailand.

Selain itu, sebanyak 48 stesen minyak berhampiran sempadan dipantau rapi. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut memberi amaran bahawa kenderaan Thailand tanpa Permit Pergerakan Antarabangsa (ICP) yang dikesan melebihi dua kilometer dari pintu masuk sempadan boleh disita.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: