Berkat Jual Jeruk Mangga Di TikTok, Aliff Syukri Berjaya Beli Jet Peribadi Dianggar Bernilai RM1.6 Juta
Lawa jet dia.
Cover image via @papalarisofficial (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mendakwa dirinya kini sudah berjaya memiliki sebuah jet peribadi
Beliau memberitahu ia adalah hasil usaha keras dan perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Menurut Aliff, kejayaan itu bukan datang sekelip mata, tetapi merupakan hasil titik peluh menjual produk makanan ringan seperti jeruk mangga, yang dipasarkan secara bersama dengan anaknya sejak beberapa bulan lalu.

Buat lawatan 'ringkas' ke dalam jet peribadi
Menerusi video perkongsian di akaun TikToknya, Datuk Aliff Syukri berkongsi detik penuh keterujaan menaiki jet peribadinya yang berwarna hitam elegan sambil ditemani isteri tercinta dan anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Dalam rakaman tersebut, Aliff dan Ammar dilihat melakukan 'tour' ringkas di dalam jet eksklusif itu, sambil memperkenalkan beberapa ciri kemudahan mewah yang terdapat dalam pesawat berkenaan.
Ia termasuklah tempat duduk kulit yang luas, rekaan dalaman moden, serta suasana kabin yang cukup eksklusif.
"Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin," tulisnya.
Aliff turut meluahkan rasa syukur apabila impian memiliki jet peribadi akhirnya tercapai hasil usaha menjual jeruk bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.
"Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan, kita dapat beli sebuah private jet," katanya.
Pun begitu, harga sebenar jet peribadi yang didakwa dimiliki oleh Aliff masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Namun, menurut maklumat umum di internet, model pesawat ringan Cessna 172 yang sering disebut sebagai antara model persendirian paling popular di dunia dan dianggarkan berharga sekitar RM1.6 juta untuk unit baharu.


