UniPin x Viu Malaysia Tampil Kolaborasi Bersama Lancar Kempen "Gaming Meets Drama"

Pengguna yang mendaftar akaun UniPin baharu bakal menerima langganan Viu Premium selama satu bulan secara percuma.

Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua jenama digital terkemuka, Viu Malaysia dan UniPin baru-baru ini mengumumkan pelancaran rasmi kempen kolaboratif bertajuk "Gaming Meets Drama", yang menyatukan dunia permainan mudah alih dan penstriman drama Asia dalam satu inisiatif unik

Kempen ini membolehkan pengguna yang mendaftar akaun baharu di unipin.com menikmati satu bulan langganan percuma Viu Premium akses kepada pelbagai drama Korea, rancangan Viu Original, filem tempatan dan antarabangsa tanpa gangguan iklan. Inisiatif ini menandakan langkah inovatif dalam memberi nilai tambah kepada pengguna menerusi integrasi dua platform digital popular.

Pelancaran "Gaming Meets Drama" ini juga adalah sebahagian daripada kerjasama strategik lebih besar antara Viu Malaysia, platform penstriman terkemuka dan UniPin, penyedia pembayaran permainan digital global.

SAYS.com
Image via UniPin Malaysia

Kempen UniPin x Viu Malaysia ini akan berlangsung secara eksklusif bermula 20 Jun 2025 hingga 31 Disember 2025

Naib Presiden Kanan Pemasaran Kumpulan UniPinNicholas How, menjelaskan bahawa kempen "Gaming Meets Drama" merupakan manifestasi langsung strategi UniPin dalam memperluaskan penawaran gaya hidup digital.

"Kerjasama ini memberi ganjaran kepada keluarga yang meminati permainan digital dan juga kandungan drama Asia. UniPin menawarkan nilai hebat untuk tambah nilai permainan mudah alih dengan lebih 50 judul tersedia, termasuk Mobile Legends: Bang Bang, Genshin Impact, Call of Duty: Mobile, dan Racing Master. Kini, pengguna baharu hanya perlu daftar secara percuma di UniPin dan akan menerima langganan Viu Premium selama sebulan," jelas Nicholas.

Beliau turut menyatakan bahawa kerjasama ini memberi peluang kepada isi rumah berkongsi pengalaman hiburan di mana ibu bapa boleh menonton drama dan anak-anak bermain permainan, atau pasangan baharu berkongsi minat hiburan masing-masing.

SAYS.com

Naib Presiden Kanan Pemasaran Kumpulan UniPin, Nicholas How

Image via UniPin Malaysia

Menurut Nicholas, pendekatan "komuniti dahulu" menjadi prinsip utama dalam strategi UniPin. Dengan memahami keperluan serta tabiat pengguna, syarikat dapat menyediakan produk dan penyelesaian yang benar-benar relevan.

"Kerjasama dengan Viu adalah langkah semula jadi dalam membina jambatan antara dua komuniti pemain permainan digital dan peminat hiburan. Ia sejajar dengan hala tuju kami dalam memperkaya gaya hidup digital pengguna," tambah beliau.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: