Bergaduh Sebab Harta RM1.77 Juta, 2 Beradik Terkejut Rupanya Dua-Dua Anak Angkat

Menangis tak sudah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pertikaian waris bertukar menjadi kisah penuh kejutan apabila dua beradik di Tianjin, China, mendapati bahawa mereka sebenarnya bukan anak kandung kepada ibu bapa yang membesarkan mereka

Menurut laporan, kes tersebut melibatkan seorang abang dan adik perempuan yang bertelagah mengenai harta pusaka peninggalan bapa mereka, Sun, yang melibatkan sebuah hartanah bernilai tiga juta yuan (RM1.77 juta).

Pertikaian bermula selepas kematian Sun pada Mac 2025, yang sebelum itu telah memindahkan pemilikan hartanah tersebut kepada anak lelakinya sahaja.

Namun, dalam satu kenyataan bertulis yang ditinggalkan, Sun menjelaskan keputusannya:

"Anak perempuan kami adalah anak angkat, namun kami sentiasa melayannya seperti darah daging sendiri. Pada usia tua kami, anak lelaki kami yang menjaga kami."

Beliau turut menyatakan agar si anak lelaki memberikan pampasan yang "munasabah" kepada adik perempuannya.

Tidak bersetuju dengan pembahagian tersebut, si adik kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rakyat Daerah Nankai. Namun, saat kes disiasat lebih lanjut, satu plot twist mengejutkan terbongkar kedua-dua beradik tersebut sebenarnya tiada pertalian darah dengan Sun dan isterinya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times/REUTERS/Florence Lo

Prosiding kes tidak dijangka apabila si adik mengemukakan bukti baharu yang menunjukkan bahawa nama abangnya dalam dokumen pendaftaran rumah tangga juga disenaraikan sebagai 'anak angkat'

Pendedahan mengejutkan itu dikatakan menyebabkan si abang menangis teresak-esak di dalam mahkamah, setelah mengetahui hakikat sebenar tentang asal usul dirinya.

Walaupun begitu, beliau tetap mempertahankan bahawa dirinya satu-satunya yang menjaga kedua-dua ibu bapa mereka sejak si adik memutuskan hubungan kekeluargaan selepas berlaku perselisihan pada era 1990-an.

Selepas lebih tiga jam sesi mediasi intensif, kedua-dua pihak akhirnya mencapai kata sepakat dan penyelesaian bersama di luar mahkamah.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Council Foreign RelationsImage via

Mahkamah memutuskan bahawa si abang kekal sebagai pemilik sah hartanah tersebut, namun diarahkan untuk membayar pampasan sebanyak 550,000 yuan (kira-kira RM325,000) kepada adik perempuannya

Hakim menjelaskan bahawa walaupun status anak angkat tidak menjejaskan hak warisan dari sudut undang-undang, hartanah tersebut bukan lagi sebahagian daripada harta pusaka kerana telah dipindah milik secara sah dan disahkan secara notari pada tahun 2007.

Kes penuh drama ini telah tular di media sosial China, dengan ramai pengguna menyamakan jalan ceritanya seperti sebuah drama bersiri televisyen yang sarat dengan konflik dan kejutan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik