Berani Kutuk Tapi Hanya Di Media Sosial? Ini Sebabnya Ramai Jadi ‘Keyboard Warrior’

Ramai guna fake account untuk jadi keyboard warrior, betul tak?

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai netizen kini semakin berani melontarkan kata-kata kesat di media sosial, dan pakar kesihatan mental mendedahkan sebab di sebalik fenomena ini

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok oleh Pakar Kesihatan Mental, @amirul.ramli yang juga pengasas Mental Kuat Centre mengenai satu trend yang semakin membimbangkan dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia.

Menurut Amirul, ramai netizen kini tidak lagi menapis bahasa yang digunakan dalam hantaran mereka. Kata-kata kasar, caci maki, dan cercaan dilontarkan secara terbuka sering kali terjadi terhadap individu yang mereka langsung tidak kenal.

SAYS.com
Image via @amirul.ramli (TikTok)

"Ayat-ayat ini sangat kasar, dan dalam konteks media sosial, ia kadang-kadang ditujukan kepada orang asing. Perkataan seperti itu disifatkan sebagai kejam," katanya.

Punca utama tingkah laku tersebut ialah kerana interaksi di alam maya tidak melibatkan pertemuan secara bersemuka

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via BERNAMA

Menurutnya, disebabkan itulah ramai merasa mereka bebas berkata apa sahaja tanpa perlu berdepan kesan langsung.

Berbeza dengan interaksi secara bersemuka, seseorang individu biasanya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kata-kata, kerana mereka tahu setiap perkataan boleh membawa padah.

"Eye contact tak ada, bahasa tubuh badan, riak wajah tak nampak. Jadi, individu akan rasa lebih terdorong untuk lepaskan apa sahaja dalam fikiran mereka,"
katanya lagi.

Lihat penjelasan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via