Bengang Dihalau Dari Rumah Sewa, Penyewa Cabut Semua Renovation Dulu Sampai Tinggal Kosong
Kesiannya, baru je lepas deko rumah hmm.
Cover image via @hi.babyrisss (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bukan semua orang mampu untuk membeli rumah sendiri, ramai hanya boleh menyewa kerana bayaran bulanan dan komitmen yang lebih rendah bersesuaian dengan kewangan mereka
Walaupun duduk di rumah sewa, sudah tentu kita ingin menghiasnya dengan cantik seperti rumah idaman kita betul tak?
Namun, berbeza pula dengan cerita sepasang suami isteri ini apabila mereka dihalau keluar dari rumah sewa sebaik sahaja selesai membuat renovasi di bahagian dapur.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hi.babyrisss di TikTok, difahamkan mereka tiba-tiba dihalau oleh pemilik rumah tersebut atas alasan rumah itu mahu diduduki oleh keluarga lain.


Apa yang lebih membuatkan mereka kesal adalah bahagian dapur itu sudah kelihatan cantik dengan dekorasi yang simple tetapi sedap mata memandang
Menurutnya, mereka sudah menyewa di situ selama dua tahun dan disebabkan itu mereka berani untuk mengubah suai bahagian tersebut.
Oleh kerana sakit hati dan bengang dihalau secara tiba-tiba, pasangan suami isteri itu nekad mencabut semula semua dekorasi dan mengembalikan ruang itu seperti keadaan asal.


Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



