Beli Myvi Cash Tak Dipandang Tapi Vellfire Hutang 9 Tahun Dipuja, Anak Terkilan Dengan Kata-Kata Ibu
Yang penting tak ada hutang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam budaya kita, sudah menjadi satu trend bahawa memiliki kereta mewah dan besar dianggap sebagai lambang kejayaan hidup
Lebih-lebih lagi bila ada orang muda mampu memandu kereta import, automatik ramai yang kagum dan anggap itu pencapaian hebat.
Namun, hakikatnya tak ramai yang sedar sebahagian besar daripada mereka sebenarnya terpaksa menanggung hutang tinggi semata-mata untuk mengekalkan imej itu.
Ada yang sanggup berhutang puluhan tahun, bayar ansuran yang mencekik, malah terpaksa ikat perut hanya kerana nak nampak gah di jalan raya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via MashableSedih ibu tak pandang kereta yang dibeli 'cash'
Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu yang meluahkan rasa kecewa selepas terguris dengan kata-kata ibunya sendiri.
Menurutnya, dia membeli sebuah Perodua Myvi secara tunai, manakala abangnya pula memiliki sebuah Vellfire recond yang dibeli secara hutang selama sembilan tahun.
Namun, apa yang menyedihkan, ibunya tetap membandingkan, seakan lebih mengagungkan kereta besar dan mewah.
"Aku beli Myvi cash. Abang aku beli Vellfire recon hutang 9 tahun. Mak aku cakap, 'laa Myvi je? Ingat macam Bangcik beli Vellfire. Besar, gah lagi. Kamu beli Myvi je ke?' Dalam hati aku, 'cash mak', tapi siapa aku nak cakap macam tu," tulisnya.
Perkongsian itu membuat ramai netizen tersentuh kerana ia menggambarkan realiti masyarakat yang sering menilai kejayaan seseorang melalui kereta yang dipandu, walaupun hakikatnya hidup tanpa hutang jauh lebih tenang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 