Beli Kereta EV Bukan Untuk Jimat Petrol Sahaja, Perlu Pertimbangkan Beberapa Perkara

Jangan terus beli tanpa buat kajian.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kereta EV kini semakin popular di Malaysia dan ramai rakyat kini mula mempertimbangkan kereta EV sebagai pilihan

Seorang pempengaruh dan juga pakar EV @thedaddyamtech, telah berkongsi pendapatnya untuk orang yang mahu membeli kereta EV perlu mempertimbangkan beberapa perkara.

"Terus terang aku cakap, kalau korang nak beli EV disebabkan korang nak jimat minyak, lupakan je lah hasrat korang tu," kata Izeef.

EV boleh menjadi lebih mahal jika disalah guna

Menurut Izeef, kereta EV memang menjimatkan minyak, tetapi realiti kehidupan seharian sangat berbeza jika tiada pertimbangan diambil.

"Betullah EV ni jimat minyak, tapi sebenarnya korang tahu tak dalam kehidupan seharian dia tak macam tu," kata Izeef.

Kereta EV ini jika disalah guna dia akan menjadi lebih mahal daripada kereta petrol.

Ini perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan:

1. Cari pengecas awam percuma

SAYS.com
Image via @daddyamtech / TikTok

Tidak kiralah di pejabat atau pusat beli-belah yang penting pengecas awam ini perlulah yang percuma.

Di sini sahaja anda sebagai pemilik akan jimat banyak sangat wang untuk mengecas secara percuma.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Soya Cincau

2. Perlu tinggal di rumah landed

SAYS.com
Image via @thedaddyamtech / TikTok

Di rumah landed (rumah bertanah), pemilik boleh mendapatkan akses kepada wallbox charger untuk kemudahan mengecas kereta.

Di samping itu, anda juga boleh memasang panel solar membantu mengurangkan bayaran bil elektrik bulanan. Pengecasan ini perlulah dicaj ketika luar masa puncak untuk penjimatan.

SAYS.com
Image via Careta

Jika anda tinggal di kondominium, pastikan kondominium itu ada menyediakan wallbox charger sendiri.

3. Guna Kereta EV perlu pelan perjalanan lebih terperinci

SAYS.com
Image via @thedaddyamtech / Tiktok

Perkara ini paling nyata ketika pemilik EV mahu balik ke kampung. Jika berada di kawasan bandar perkara ini adalah pengecas ada di mana-mana.

Isunya bermula apabila anda perlu membuat pelan perjalanan lebih terperinci untuk mengecas kereta EV anda.

Sebagai contoh, jika kita hendak pulang ke Perlis, kita perlu pelan di mana tempat untuk mengecas kereta EV sebelum sampai ke destinasi. Pelan ini perlu diteruskan apabila anda mahu balik dari Perlis ke Kuala Lumpur.

Jika kereta EV milik anda boleh membuat perjalanan jauh sebanyak 1,000km tidak ada masalah.

4. Kereta EV laju, tetapi laju secara 'low key'

Menurut Izeef, kereta EV laju tetapi laju secara 'low key' sahaja. Ini bermaksud kita hanya menekan pedal apabila perlu sahaja.

Jika anda menekan pedal selaju 140km/j hingga 150km/j di lebuh raya tanpa henti membuatkan penggunaan bateri sangat tinggi. Kereta EV ini mempunyai tork di mana kereta itu akan terus pergi laju.

Untuk destinasi yang jauh anda perlu mengekalkan kelajuan di bawah 120km/j sahaja.

Oleh itu, Izeef menasihatkan pengguna EV perlu mempertimbangkan banyak perkara lain seperti cara hidup anda dan banyak membuat kajian.

Video penuh di bawah:

@thedaddyamtech

Lupakan lah hasrat anda kalau beli EV sebab nak jimat duit petrol je. Sebab banyak benda korang kena consider. #ev #electricvehicle #evmalaysia

♬ original sound – Daddy EV Izeef – Daddy Amtech EV

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: