#Belanjawan2026: Kerajaan MADANI Tambah Tanah Rizab Melayu Seluas 50 Ekar Bagi Memacu Ekonomi Bumiputera

Menurut Anwar, langkah ini belum pernah lagi dilakukan sebelum ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Jabatan Perhutanan Perak
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri mengumumkan penambahan tanah Rizab Melayu seluas 50 ekar di Bandar Malaysia

Menerusi pembentangan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dalam Belanjawan 2026, perkara ini merupakan salah satu langkah bagi memacu ekonomi Bumiputera untuk melonjak lebih tinggi.

"Kerajaan mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan menambah tanah Rizab Melayu seluas 50 ekar di Bandar Malaysia.

"Petronas selaku pemilik tanah Bandar Malaysia sedang merencana pelan pembangunan dan akan memulakan fasa pembangunan menjelang akhir 2026," katanya.

Menurut Anwar, agenda ekonomi Bumiputera dipacu dengan pendekatan lebih terangkum melalui PuTERA35 di samping keberadaan GLIC dan GLC yang dilihat terus melabur untuk pembangunan ekonomi Bumiputera sambil memacu pertumbuhan inklusif untuk semua.

"40 juta ringgit disediakan bagi mempercepat proses peningkatan skala syarikat Bumiputera berpotensi tinggi.

"Susulan penyatuan Ekuinas dan PHB di bawah YPB, Ekuinas akan membangunkan syarikat pelaburannya sehingga dapat disenaraikan dan diambil alih oleh PNB. Manakala PHB memperkukuh pemilikan strategik Bumiputera dalam hartanah dan perniagaan utama," katanya.

SAYS.com

Ikuti pembentangan Belanjawan 2026 dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang hanya di SAYS Seismik!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: