#Belanjawan2026: Kerajaan Jimat Sekurang-Kurangnya RM2.5 Bilion Menerusi Penyasaran Subsidi RON95
Anwar memaklumkan keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun.
Cover image via RTMFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri memaklumkan penyasaran RON95 berpotensi dapat beri penjimatan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion
Menerusi pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dalam Belanjawan 2026 hari ini, penyasaran subsidi yang RON95 baru dimulakan secara rasmi bulan ini mempunyai potensi penjimatan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion.
"Penyasaran subsidi RON95 berpotensi jimat sekurangkurangnya RM2.5 bilion. Malah rakyat dapat menikmati harga minyak lebih rendah RM1.99.
"Urusan BUDI95 berjalan lancar dengan lebih 10 juta rakyat menikmati RON95 pada RM1.99 seliter. Pangkalan data 16.5 juta warganegara yang layak sedang dikemas kini untuk menyediakan kuota tambahan kepada 23 ribu pemilik perahu berdaftar dan lebih 52 ribu pemandu e-hailing aktif," katanya.
Menurut Anwar, keseluruhan penyasaran subsidi ini menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun.
"Setiap penjimatan bermakna lebih banyak dana untuk kebajikan, lebih banyak peruntukan untuk kos sara hidup, dan lebih banyak pelaburan prasarana rakyat yang berkualiti," tambahnya.

Ikuti pembentangan Belanjawan 2026 dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang hanya di SAYS Seismik!



