#Belanjawan2026: Kerajaan Bersetuju Bentangkan RUU Antibuli 2025 Menoktahkan Gejala Buli

Gejala buli perlu dihentikan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Parlimen Malaysia & mStar
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan bersetuju untuk membentangkan RUU Antibuli 2025 untuk memberhentikan gejala buli

Melalui ucapanBelanjawan 2026, YAB Perdana Mentera Anwar Ibrahim mengatakan buli telah menjadi jenayah senyap yang perlu dihentikan. Gejala ini sama ada di sekolah universiti, tempat kerja mahupun di alam maya telah membunuh potensi, menanam trauma berpanjangan, malah meragut nyawa insan.

"Kita mesti putuskan rantaian kezaliman ini sampai ke akar, melalui didikan empati dan penguatkuasaan tanpa kompromi," katanya.

SAYS.com
Image via Parlimen Malaysia

Kesemua kekuatan dan tenaga jentera merentasi kementerian digembleng bagi mengekang gejala buli

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membangunkan Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE) sebagai rangka menyeluruh pencegahan buli di sekolah.

Rangka ini akan termasuklah memperkasa peranan guru dan murid melalui Program Amalan Sekolah Penyayang.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pula akan meningkatkan keselamatan mahasiswa di kampus dengan menambah CCTV dan menganjurkan program sahsiah serta kepimpinan sebagai bentuk pencegahan buli dan ragging.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) akan menyediakan sokongan psikososial melalui sesi kaunseling berkelompok.

Rakan Muda juga akan menggerakkan ikhtiar "Lawan Buli" dalam kalangan belia di akar umbi.

SAYS.com

Ikuti pembentangan Belanjawan 2026 dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang hanya di SAYS Seismik!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: