#Belanjawan2026: Harga Rokok Dinaikkan 2 Sen Sebatang Mulai 1 November Ini

Kenaikan harga rokok itu bertujuan mengurangkan prevalens perokok di negara ini.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi memperkukuh Agenda Nasional Malaysia Sihat, kerajaan akan melaksanakan langkah baharu untuk mengurangkan kadar perokok dan memupuk gaya hidup lebih sihat dalam kalangan rakyat

Dalam Belanjawan 2026, Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, mulai 1 November ini, kadar duti eksais ke atas produk rokok dan tembakau akan disemak di mana rokok dinaikkan 2 sen bagi setiap batang, Cigar, cheroot dan cigarillos dinaikkan RM40 sekilogram dan produk heated tobacco dinaikkan RM20 sekilogram kandungan tembakau.

Pada masa sama, pengecualian duti import dan cukai jualan bagi produk terapi gantian nikotin akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027 serta diperluas kepada nicotine mist dan nicotine lozenges.

Bagi mengawal penggunaan alkohol, kerajaan turut menaikkan kadar duti eksais bagi minuman keras sebanyak 10%, berkuat kuasa pada 1 November ini.

Hasil tambahan daripada pelarasan cukai rokok dan minuman keras akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperkukuh Inisiatif Kesihatan Paru-Paru, serta menampung rawatan diabetes dan penyakit jantung.

Sebagai langkah pencegahan kesihatan, kerajaan juga mencadangkan agar perbelanjaan pemvaksinan yang layak mendapat pelepasan cukai individu diperluas meliputi semua jenis vaksin yang didaftar dan diluluskan oleh KKM.

SAYS.com

Ikuti pembentangan Belanjawan 2026 dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang hanya di SAYS Seismik!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: