#Belanjawan2026: Bayaran STR Diawalkan & Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Perayaan Deepavali
Diskaun tol tersebut akan berjalan selama dua hari.
Cover image via New Straits TimesFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena sambutan Deepavali, Perdana Menteri mengumumkan penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan dikaun tol sebanyak 50 peratus
Menerusi pembentangan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dalam Belanjawan 2026 hari ini, mereka yang layak bakal menerima STR lebih awal di samping diskaun tol sempena perayaan Deepavali tidak lama lagi.
"Sukacita diumumkan, sempena perayaan Deepavali oleh kaum India, Bayaran STR Fasa 4 2025, yang dijadualkan untuk bulan November dan bernilai 2 bilion ringgit, diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober.
"Kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali," katanya.
Menurut Anwar, tahun ini, Kerajaan menyediakan 13 bilion ringgit untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memanfaat hampir 9 juta penerima.
"Bagi STR, bayaran sehingga Fasa 3 telah dibuat, bernilai 6 bilion ringgit.
"Susah dan senang silih berganti, namun keteguhan hati nurani adalah mercu tertinggi kemuliaan insan," katanya.

Ikuti pembentangan Belanjawan 2026 dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang hanya di SAYS Seismik!



