#Belanjawan2026: Bantuan RM100 SARA Untuk Rakyat 18 Tahun Ke Atas Bermula Februari 2026
Ia selaras dengan komitmen kerajaan untuk terus menyalurkan bantuan tunai kepada rakyat secara bersasar.
Cover image via Berita RTMFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan akan meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekali bayar kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas
Berucap di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian tersebut akan disalurkan pada pertengahan Februari 2026, selaras dengan komitmen kerajaan untuk terus menyalurkan bantuan tunai kepada rakyat secara bersasar.
Dalam pada itu, 1 juta penerima STR di bawah sistem eKasih akan menerima SARA sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun, manakala kategori bujang bakal memperoleh RM600 setahun iaitu RM50 sebulan melalui inisiatif yang sama.
Secara keseluruhan, isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 dengan lima anak akan menerima bantuan maksimum RM4,600 setahun, merangkumi STR sebanyak RM2,200 dan SARA sebanyak RM2,400.
Beliau turut memaklumkan bahawa STR dan SARA 2026 melibatkan peruntukan sebanyak RM15 bilion, hasil daripada penjimatan subsidi yang diperoleh melalui langkah penyasaran semula bahan api seperti diesel dan RON95.


Ikuti pembentangan Belanjawan 2026 dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang hanya di SAYS Seismik!



