Bekas Pengasuh Taska Kongsi Kisah Seram – “Kalau Dengar Suara Budak Lepas 6 Petang, Buat Pekak Je”

Seram ya, meremang bulu roma!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalaman menyeramkan ketika bekerja di sebuah taska yang beroperasi dalam rumah lama yang telah diubah suai

Menerusi perkongsian di laman Threads, setiap hari, dia memulakan kerja seawal 6.15 pagi dan hanya tamat sekitar 7 malam.

Namun, pesanan seorang rakan sekerja senior membuatkan suasana kerjanya terasa berbeza.

"Kalau kau dengar suara budak panggil kat stor belakang lepas pukul 6 petang, buat pekak je. Jangan cari, jangan tegur. Elakkan semua tu kalau nak kerja lama kat sini," pesannya.

Pesanan itu dikatakan penting kerana jika 'benda' tersebut dilayan, ia boleh mengikut sehingga ke rumah.

Menurutnya, walaupun taska itu dihias ceria dengan mural dan permainan kanak-kanak, terdapat satu sudut di tingkat atas yang sentiasa menggelupas catnya dan berbau hapak, seolah-olah tidak pernah benar-benar 'bersih'

Satu petang, ketika hanya tinggal seorang kanak-kanak berusia tiga tahun bernama Adam, pengasuh itu menyedari Adam ketawa dan bermain seolah-olah dengan seseorang yang tidak kelihatan.

SAYS.com
Image via @pipi_labuh (Threads)

Pengasuh tersebut akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja selepas satu insiden seram terakhir.

Ketika berpatah balik ke taska pada jam 8 malam untuk mengambil kunci yang tertinggal, dia melihat mainan yang telah dikemas bergerak sendiri, seolah-olah ada kanak-kanak sedang bermain dalam taska yang kosong.

Sejak itu, dia tidak pernah kembali.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

SAYS.com
Image via @pipi_labuh (Threads)
SAYS.com
Image via @pipi_labuh (Threads)
SAYS.com
Image via @pipi_labuh (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via