Bekalan Air Di Hospital Sabah Terputus 3 Hari, Doktor Gigi Kongsi Air Yang Pulih Pun Masih Keruh

Alamak, parah ni kalau dah sampai tiga hari.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @ongonghuathuat (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bayangkan kalau tiga hari pergi kerja, tapi air langsung tak ada

Inilah realiti yang sedang dihadapi seorang doktor gigi yang bertugas di sebuah hospital di Sabah.

Menerusi satu perkongsian di TikTok @ongonghuathuat, beliau mendedahkan bahawa sudah tiga hari tiada bekalan air di hospital tempat beliau bekerja. Dalam video berdurasi 16 saat itu, kelihatan beberapa singki hospital yang langsung tidak mengeluarkan setitis air pun.

SAYS.com
Image via @ongonghuathuat (TikTok)

Apa yang lebih mengejutkan, ramai netizen di ruangan komen menyatakan bahawa situasi seperti itu sudah menjadi 'biasa' di sana

Namun, doktor gigi itu menegaskan bahawa masalah air tidak sepatutnya dianggap perkara biasa, apatah lagi dalam fasiliti kesihatan.

"Where is the water??????!! #sabah #gov #malaysia excuse me hello??????? Tagtag," tulisnya.

Dalam satu video terbaharu, doktor gigi tersebut memaklumkan bahawa bekalan air sudah kembali pulih, namun beliau tidak pasti sampai bila ia akan bertahan sebelum terputus semula. Lebih merisaukan, air yang keluar dari sinki hospital itu kelihatan keruh.

SAYS.com
Image via @ongonghuathuat (TikTok)

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Image via