Beberapa Kucing Mati Secara Mengejut Di Apartment Ampang, Penduduk Syak Ada Yang Racun

Memang kejam betul!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @fourmeows1 (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini apabila satu kes kejam melibatkan haiwan yang berlaku di Pangsapuri Seri Nilam, Ampang

Difahamkan, beberapa ekor kucing termasuk yang terbiar dan peliharaan telah ditemui mati dipercayai akibat diracun.

Insiden tragis ini terbongkar selepas penduduk tempatan berkongsi gambar kucing-kucing yang tidak bernyawa di laman media sosial, sekaligus mencetuskan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan warganet dan pencinta haiwan.

Suasana di pangsapuri itu kini diliputi kebimbangan dan tanda tanya, apabila penduduk mula menyedari kejadian ini bukan lagi kes terpencil, sebaliknya mungkin perbuatan terancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

SAYS.com
Image via @fourmeows1 (X)

Kucing-kucing disyaki telah diberikan racun

Menerusi perkongsian di laman X, seorang individu berkongsi kejadian menyayat hati yang memaparkan beberapa ekor kucing mati bergelimpangan di sekitar kawasan pangsapuri.

Ada yang percaya kucing-kucing ini dibuang dari tingkat atas, namun ramai yang lebih yakin bahawa keracunan adalah punca utama di sebalik kematian tragik ini.

Imej-imej pilu jelas mencerminkan penderitaan haiwan-haiwan malang ini, sekaligus membangkitkan persoalan besar sampai bila kekejaman terhadap haiwan dibiarkan tanpa tindakan tegas.

SAYS.com
Image via @fourmeows1 (X)

"Berbelas-belas ekor dijumpai mati dalam keadaan menyayat hati termasuk ibu yang bunting

"Allah SWT itu wujud dan setiap perbuatan keji tidak akan terlepas daripada pengetahuannya," tulis di hantaran.

Mesej tersebut telah diambil tangkap layar dan dilaporkan kepada pihak polis. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan setakat artikel ini ditulis.

SAYS.com
Image via @fourmeows1 (X)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik