BCL Kembali Beraksi Di Malaysia, Rasa Syukur Keluarga Allahyarham Ashraf Masih Setia Beri Sokongan

Konsert ini turut diserikan dengan kemunculan dua figura seni tanah air.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @itsmebcl (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila sebut nama Bunga Citra Lestari (BCL) pasti ramai yang boleh relate dengan karya-karyanya beliau yang sarat dengan emosi, jiwa dan cinta

Sudah menjadi sebahagian daripada identitinya, tak hairanlah konsert terbarunya kali ini turut dilimpahi aura cinta yang cukup dekat dengan hati si penghibur.

Dibawakan oleh Pulse Project Asia, konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance bakal menjadi pengalaman istimewa buat para peminat.

Bukan sekadar konsert, tapi sebuah perjalanan perasaan, dibawakan secara eksklusif oleh seorang penyanyi, aktres dan juri profesional yang telah mencuri hati ramai di seluruh Nusantara.

Dipenuhi dengan aroma cinta yang meresap ke jiwa, konsert ini bakal menyajikan untaian lagu-lagu ikonik BCL seperti Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah, hinggalah ke single terbarunya, Memulai Kembali.

Setiap lagu bukan sekadar persembahan, tetapi coretan kisah hidup dan cinta yang pernah mewarnai perjalanan panjang BCL dalam dunia seni.

SAYS.com
Image via SAYS Seismik

Terharu dengan sokongan keluarga Allahyarham Ashraf, terima baik kehadiran Tiko

Bercakap kepada media, Bunga meluahkan rasa terujanya untuk kembali ke melakukan konsert di Malaysia yang sudah dianggap seperti rumah kedua.

Menurutnya, hubungannya bersama keluarga Allahyarham Ashraf masih rapat sehingga sekarang dan tidak sedikit pun berubah.

Mengulas pertanyaan mengenai kehadiran suami baru Tiko Aryawardhana di dalam keluarga besarnya, Bunga menjawab dia berasa bersyukur kerana kehadiran Tiko diterima baik, bukan sahaja dari keluarga sendiri tetapi dari keluarga Allahyarham Ashraf.

SAYS.com
Image via @itsmebcl (Instagram)

"Saya sekarang sudah ada tiga keluarga. Keluarga saya, keluarga Allahyarham Ashraf dan keluarga Tiko.

"Keluarga Allahyarham Ashraf juga sangat baik dengan saya, selalu support saya dan malah mampu menerima kehadiran Tiko dalam keluarga mereka.

"Tiko dan juga keluarganya juga tidak keberatan dan sambut baik hubungan bersama keluarga Allahyarham Ashraf," ujar Bunga.

Tambahnya, sifat iri hati atau dengki itu tidak ada kerana kesemua mereka faham dan hanya memberikan sokongan antara satu sama lain.

BCL: Eternal Love – Timeless Romance bakal menemui peminat pada 27 September 2025 di lokasi eksklusif Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Lebih istimewa, malam penuh emosi dan cinta ini turut diserikan dengan kemunculan dua figura seni tanah air Jaclyn Victor, penyanyi bersuara emas yang sentiasa memukau, serta Dennis Lau, pemain violin profesional yang terkenal dengan persembahan penuh jiwa dan kelas tersendiri.

SAYS.com
Image via SAYS Seismik

Gabungan tiga nama besar ini bakal mencipta malam magis yang bukan sekadar konsert tetapi satu pengalaman yang akan dikenang sepanjang hayat.

Harga Tiket: Bermula dari RM288 (harga normal), RM259 (harga pre-sale).

Pembelian tiket boleh dibeli di: www.ticket2u.com.my

SAYS.com
Image via Ticket 2U
SAYS.com
Image via Ticket 2U

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik