Batu Paling Besar RM20,000, Lelaki Kongsi Individu Jual ‘Batu’ Di Bukit Bintang

Terkejut dengar harga dia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @syaf888 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukit Bintang memang terkenal sebagai tempat membeli-belah dan pusat hiburan

Tapi di sebalik kemeriahan dan pusat komersial, ada satu sisi lain yang menjadikan kawasan ini sebagai 'sumber rezeki' buat penjaja jualan tepi jalan.

Walaupun ada yang menganggap penjaja jalanan sebagai daya tarikan pelancong dengan tawaran makanan dan barangan murah, operasi tanpa kebenaran jelas menyalahi undang-undang serta memberi cabaran kepada pihak berkuasa tempatan dalam mengawal selia perniagaan di tengah kota.

Baru-baru ini, tular sebuah klip video memaparkan seorang individu mendedahkan harga sebiji batu yang dijual oleh peniaga kaki lima di ibu kota.

SAYS.com
Image via @syaf888 (TikTok)

Batu paling kecil sebiji RM300, manakala batu besar RM20,000

Menerusi video perkongsian di akaun TikTok @syaf888, walaupun batu itu kelihatan sama seperti batu biasa di tepi jalan, peniaga itu mendakwa ia mengandungi bahan berharga termasuklah berlian.

Menurutnya, batu paling kecil dijual pada harga RM300 dan yang paling besar adalah RM20,000.

Difahamkan, klip video itu dirakam di sekitar kawasan Bukit Bintang, namun setakat ini masih belum dapat dipastikan kesahihan sama ada batu tersebut benar-benar mempunyai berlian atau sekadar helah jualan semata-mata.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dan mengecam tindakan peniaga berkenaan yang dianggap tidak masuk akal.

"Kalau betul ada yang percaya dan sanggup beli, memang tak masuk akal. Kalau batu tu betul bernilai ribuan ringgit, kenapa pula dia nak jual tepi jalan? Dah tentu dah kaya lama dah," tulis seorang netizen.

Seorang lagi turut meninggalkan komen berbunyi: "Kelakar betul, apa nak jadi dengan negaraku tanah tumpahnya darahku. Mustahil warga kita sanggup menjual benda macam ni. Kalau ada yang tertipu, memang tak tahu nak cakap apa."

Lihat video di bawah:

@syaf888

Jualan batu batuan di Bukit Bintang.. Harga tak Madani yee…

♬ original sound – azystorehouse – azystorehouse
@syaf888

Replying to @Pokjad🐊 dah naik bos…rugi bos tak beli time harga murah..

♬ original sound – azystorehouse – azystorehouse

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik