Batik Air Malaysia Bakal Kurangkan 35% Penerbangan April, Harga Minyak Melonjak Jadi Punca
Difahamkan, harga bahan api jet kini berada pada paras tertinggi dalam sejarah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syarikat penerbangan hibrid, Batik Air Malaysia, mengumumkan pengurangan sebanyak 35 peratus daripada jadual penerbangannya bagi separuh pertama April susulan lonjakan mendadak harga bahan api global
Menurut laporan The Edge Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, langkah itu merupakan tindakan berjaga-jaga bagi mengurus kos operasi yang meningkat secara drastik akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.
Dalam memo bertarikh 1 April, beliau memaklumkan bahawa harga bahan api jet kini berada pada paras tertinggi dalam sejarah, sekali gus memberi tekanan besar kepada industri penerbangan global.
Data menunjukkan harga bahan api jet hampir dua kali ganda sejak akhir Februari, dengan purata mencecah AS$195.19 setong.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy
Image via The Edge Malaysia"Industri penerbangan kini berdepan cabaran besar susulan ketegangan geopolitik yang semakin meruncing. Ia bukan sahaja menyebabkan turun naik harga bahan api secara ekstrem, malah turut mengganggu rantaian bekalan global," katanya.
Pengurangan kapasiti ini akan dilaksanakan sehingga 12 April, sebelum penilaian semula dibuat
Namun, syarikat menegaskan bahawa langkah tersebut tidak melibatkan pemansuhan destinasi, sebaliknya hanya mengurangkan kekerapan penerbangan.
Sebagai contoh, laluan Kuala Lumpur-Pulau Pinang dikurangkan daripada lima kepada dua penerbangan sehari, manakala laluan Kuala Lumpur–Kota Kinabalu dikurangkan daripada tiga kepada dua.
Laluan jarak jauh seperti Kuala Lumpur–Kathmandu dan Kuala Lumpur–Perth turut terjejas dengan pengurangan frekuensi bagi menjimatkan penggunaan bahan api.

Gambar sekadar hiasan.
Image via GoogleImage viaDalam usaha mengawal kos, Batik Air Malaysia turut menawarkan cuti tanpa gaji secara sukarela kepada kira-kira 3,500 kakitangannya, selain membekukan perjalanan kakitangan yang tidak penting serta menangguhkan latihan yang tidak kritikal.
Difahamkan, bahan api yang sebelum ini merangkumi sekitar 30 hingga 35 peratus kos operasi kini meningkat kepada 50 hingga 55 peratus, menjadikannya beban utama kepada syarikat penerbangan.
Beberapa syarikat lain termasuk Malaysia Airlines dan Cathay Pacific turut mengambil langkah sama dengan menaikkan tambang dan surcaj bahan api bagi menampung kos yang meningkat
Walaupun berdepan tekanan, Batik Air Malaysia tidak bercadang untuk melaksanakan lindung nilai bahan api (fuel hedging) kerana bimbang risiko kerugian sekiranya harga pasaran jatuh di bawah paras kontrak.
Situasi ini turut mendorong Anthony Loke menyifatkan kerajaan kini berada dalam 'mod krisis' bagi menangani impak konflik di Asia Barat terhadap sektor pengangkutan.
Batik Air Malaysia menegaskan bahawa kedudukan kewangannya masih stabil dan langkah pengurangan ini hanyalah bersifat sementara bagi memastikan kelangsungan operasi dalam jangka panjang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 