Baru Tujuh Ramadan, Sudah Ada Yang Ditangkap Tidak Berpuasa – “Perlu Minum Teh Tarik Katanya”
Lupa bangun sahur, sakit paru-paru dan batuk antara alasan diberi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lupa sahur, sakit dan penat antara alasan sekumpulan lelaki yang ditangkap tidak berpuasa oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)
Menurut laporan dari Berita Harian, enam lelaki beragama Islam berusia 29 hingga 55 tahun telah ditahan dalam operasi di beberapa premis termasuk kedai makan Melayu, mamak dan kopitiam bukan Islam di Johor Bahru di Tangkak.
JAINJ mengatakan penguat kuasa pada mulanya membuat operasi di sebuah kedai Melayu pada pukul 11 pagi.
Tidak sempat tengah hari sudah ada yang ditangkap
"Seorang lelaki berusia 40-an didapati sedang minum teh tarik di meja makan dan apabila menyedari kehadiran penguat kuasa, dia cuba bangun untuk melarikan diri, tetapi tidak berjaya." kata JAINJ.
Lelaki itu tidak bekerja dan memberi alasan sakit berkaitan paru-paru dan batuk serta perlu minum air siang hari.
"Bagaimanapun, dia tidak menunjukkan surat klinik atau doktor, tetapi cuma buat-buat batuk di depan penguat kuasa," katanya.
Di premis yang sama, JAINJ telah menahan seorang lagi lelaki berusia 50-an sedang minum kopi O panas kurang manis dan dia memberi lasan tidak bangun sahur kerana salah kunci jam telefon.
Seorang lagi lelaki 50-an yang sedang minum air nescafe juga memberikan alasan terlupa bersahur.
Penguatkuasa turut menahan seorang lelaki warga Indonesia kerana membenarkan tiga orang Islam berkenaan makan di kedai miliknya atau di bawah kawalannya.
Sementara itu, seorang lelaki warga Bangladesh juga telah ditahan di sebuah kopitiam milik bukan Islam.
Kesemua lelaki berkenaan
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 