Baru 3 Minggu Bekerja Kini Bertukar Jadi ‘Mimpi Ngeri’, Wanita Malaysia Kongsi Situasi Di Abu Dhabi

Difahamkan, Zaina baru tiga minggu bekerja di Abu Dhabi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Euro News & People
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Impian mendapat kerja impian di Abu Dhabi bertukar menjadi mimpi ngeri tiga minggu selepas bekerja

Inilah yang terjadi kepada Zaina Ahmad (bukan nama sebenar) yang kini sedang bekerja di Abu Dhabi bertukar menjadi satu perkara yang merisaukan.

Menurut laporan dari New Straits Times, kejadian bermula pada pagi Ahad lepas di mana setiap pekerja baru di Emiriah Arab Bersatu akan tinggal di satu hotel sementara mendapat tempat tinggal yang baru.

Semua bermula selepas satu bunyi dentuman kuat sehingga menggegar bangunan

Bilik Zaina yang berada di tingkat tujuh turut bergegar dan sejurus selepas itu semua rakan kerjanya bertanya mengenai apakah yang sedang berlaku.

"Pada mulanya saya menyangka ia hanyalah gegaran dari pembinaan kerana di Malaysia, kita tidak biasa dengan serangan tentera," ujarnya.

Bunyi dentuman yang kuat itu sebenarnya bukanlah dari pembinaan sebaliknya letupan akibat pemintasan peluru berpandu Iran ke atas markas askar Amerika Syarikat yang berdekatan.

Selain Abu Dhabi dan Dubai, beberapa bandar di negara berdekatan juga telah diserang seperti Qatar, Kuwait, Bahrain, Jordan dan Israel.

Zaina yang ketakutan tidak keluar langsung dari hotelnya dan tidak keluar membeli makanan untuk berbuka puasa.

Dia hanya berbuka dengan mee segera yang telah dibawa dari Malaysia.

"Pada mulanya saya mahu keluar membeli barangan runcit, tetapi ramai orang sedang panik. Letupan itu sangat kuat. Terdapat asap di luar tingkap saya," tambahnya lagi.

Zaina mengatakan dia semalaman tidak dapat tidur dan hanya menunggu di dalam bilik air.

Dia juga telah berdaftar dengan kedutan Malaysia untuk melihat berita-berita terkini dan memberitahu keluarganya dia masih selamat berada di sana.

"Saya masih menunggu apa-apa pengumuman keselamatan dan masih perlu bekerja seperti biasa. Setakat ini, tiada apa yang berubah saya hanya mendapat berita terkini rasmi sahaja mengenai kejadian ini," kata Zaina.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: