Baru 19 Tahun Tapi Dah Jadi Inspirasi Ramai, Pemuda Pilih Kerjaya Bersihkan Longkang

Kerja tak glamor tapi jiwa besar, respect!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di saat ramai anak muda masih sibuk fikir soal life goals dan cuti hujung minggu, seorang pemuda ini memilih laluan yang berbeza

Baru berumur 19 tahun, pemuda dikenali sebagai Zamri sudah menggalas tanggungjawab besar dalam pasukan unit khas Alam Flora bahagian cucian longkang.

Menerusi temu bual yang dimuat naik di akaun @alamflorasdnbhd, Zamri mengakui kerjanya bukan mudah. Setiap hari, dia perlu turun padang, membersihkan longkang-longkang yang penuh sampah, lumpur dan sisa buangan orang ramai. Namun bagi Zamri, semua itu tidak menjadi masalah.

SAYS.com
Image via @alamflorasdnbhd (TikTok)

Apa yang lebih menyentuh hati, Zamri sebenarnya mengikuti jejak langkah bapanya yang juga merupakan pekerja di Alam Flora. Sejak kecil, dia melihat sendiri ayahnya bekerja keras dalam bidang yang sama.

Kongsi pengalaman mencabar masuk dalam longkang kecil dan sempit

"Benda yang saya rasa paling susah mungkin masuk dalam longkang-longkang yang kecil dan sempit, tak ada cahaya," katanya.

Menurutnya lagi, keluarganya tidak menghalang untuk bekerja dalam bidang tersebut selagi pekerjaannya masih halal.

"Sebenarnya kawan saya pun terkejut dan pelik kenapa saya pilih Alam Flora. Bagi saya kerja tak jadi masalah pun sebab saya boleh buat dan kerja ni melibatkan aktiviti-aktiviti yang cergas," katanya lagi.

SAYS.com
Image via @alamflorasdnbhd (TikTok)

Lihat video di bawah:

@alamflorasdnbhd

Kenali hero inspirasi kita kali ini, Zamri ❤️​ Walaupun baru berumur 19 tahun, beliau sudah menggalas tanggungjawab dalam pasukan unit khas Alam Flora bagi cucian longkang. Apa yang lebih menyentuh hati, beliau mengikuti jejak langkah bapanya yang juga sebahagian daripada Alam Flora. ​ ​Semangat anak muda ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk memulakan sesuatu yang bermakna. Terima kasih kerana menjadi inspirasi dalam diam dan hero di sebalik seragam. ​ ​#jomrawatbumi #powerupgreenenergy #heroalamflora #dirtydifficultdangerous #enhancinglifeenrichingcommunities #fyp #masukberandafyp #foryou #trending #viral

♬ original sound – Alam Flora Sdn Bhd – Alam Flora Sdn Bhd

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik