Barangan Basah Seperti Ikan & Ayam Dijangka Dalam Senarai SARA Sebelum Ramadan
Difahamkan, lebih banyak kedai kecil akan terlibat dalam bantuan SARA ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk memasukkan barangan basah ke dalam senarai pembelian Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang dijangka dikemas kini sebelum Ramadan

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Kamil Munim, berkata terdapat permintaan daripada pelbagai pihak supaya senarai barangan SARA diperluaskan dan tidak hanya tertumpu kepada barangan kering.
"Ada pandangan yang diberikan dan kementerian sedang meneliti untuk memasukkan barangan basah seperti ikan, ayam dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai program Gotong-Royong Jelajah Kasih Madani di Bukit Selambau, Sungai Petani.
Sasar laksana sebelum Ramadan untuk ringankan beban rakyat, lebih banyak kedai kecil akan terlibat
Menurut Kamil, kerajaan berharap penambahbaikan itu dapat dilaksanakan sebelum Ramadan, sekali gus memberi kelegaan kepada masyarakat untuk membeli keperluan harian menjelang Aidilfitri dan perayaan lain.
Kerajaan juga akan meneliti mekanisme terbaik bagi memperluas skop SARA supaya bantuan tersebut benar-benar membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Selain itu, lebih banyak kedai kecil terutama di kawasan luar bandar akan diberi peluang menyertai inisiatif tersebut, bagi memudahkan penerima bantuan SARA membeli barangan berhampiran tempat tinggal mereka.

Penerima SARA & STR disemak setiap tahun
Kamil turut menjelaskan bahawa bilangan penerima SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berubah setiap tahun bergantung kepada status kelayakan semasa.
"Peruntukan keseluruhan adalah RM15 bilion dan bulan ini kita akan mengeluarkan senarai baharu penerima SARA dan STR.
"Setiap tahun berbeza, ada yang keluar daripada kategori miskin dan ada yang baru masuk sebab itu pemberian SARA agak terlewat sedikit tahun ini, supaya yang layak menerimanya," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 